TMJ mahu beli kelab Eropah,
belum fikir tanding Presiden FAM
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
11 Februari 2017 12:10 AM
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Tunku
Ismail Sultan Ibrahim memberi jawapan sinis ketika ditanya mengenai persaingan
merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pemilik kelab Johor Darul
Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau percaya, pertandingan yang akan berlangsung
pada 25 Mac itu akan dimenangi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
atau proksinya.
Menurut Tunku Mahkota Johor
(TMJ) itu, ketika ini beliau tidak terfikir untuk menerima pencalonan Presiden
FAM kerana sedang bekerja keras untuk membeli sebuah kelab bola sepak di luar
negara.
Dalam satu temu bual yang
disiarkan menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail berpendapat
Khairy atau proksi menteri boleh memenangi jawatan tersebut.
“Saya mana ada peluang nak
lawan orang politik. Saya datang dari negeri kecil dan jaga kelab kecil.
“Buat masa ini tidak terfikir
(menerima pencalonan) lagi kerana saya bekerja keras untuk beli sebuah kelab
luar negara, kemungkinan di Eropah,” menurut Tunku Ismail dengan seorang
wartawan.
Tunku Ismail antara empat nama
yang dicalonkan untuk jawatan itu.
Tiga calon lain adalah
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi
Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat serta Khairy.
Bagaimanapun, setakat hari ini
hanya Annuar mengesahkan untuk bertanding jawatan tersebut apabila secara rasmi
menghantar borang pengesahan pencalonan.
Semua calon perlu mengesahkan
pencalonan mereka selewat-lewatnya Isnin depan.
Senarai akhir calon yang akan
bertanding kemudian diumumkan dalam Mesyuarat Exco FAM, 20 Februari ini.
Tunku Ismail sebelum ini pernah
bertanding kerusi No. 1 FAM itu dalam pemilihan tiga tahun lalu.
Beliau bagaimanapun tewas
kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tengku Abdullah bagaimanapun
mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan kali ini bagi
memberi laluan kepada muka baharu bagi memberi idea yang lebih segar buat bola
sepak tempatan.
Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE
11.2.2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan