03 Februari 2017 12:24 AM
Hamidin Mohd. Amin
SHAH ALAM 2 Feb. – Skuad
Harimau Malaysia memilih untuk menentang Filipina dalam perlawanan pemanas
badan sebagai persediaan menghadapi cabaran sebenar apabila bertemu Korea Utara
pada 29 Mac ini dalam kempen kelayakan ketiga Piala Asia 2019.
Bagaimanapun, pengurus pasukan
Harimau Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata sekiranya aksi pemanas badan
menentang Filipina tidak dapat diadakan skuad negara akan bertemu dengan kelab
dari China sebagai perlawanan ganti sebelum bertemu Korea Utara di Stadium Kim
II-sung, Pyongyang.
Hamidin, yang juga merupakan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), turut memberi jaminan
bahawa keselamatan para pemain dan barisan kejurulatihan berada dalam keadaan
selamat di Korea Utara nanti.
“FAM sudah dimaklumkan oleh AFC
(Konfederasi Bola Sepak Asia) bahawa kita akan melakukan SOP (standard operasi)
seperti biasa. Kita ikut prosedur (yang ditetapkan) pasukan keselamatan untuk
perlawanan tersebut.
“Namun, perlawanan lain di sana
sebelum ini berjalan dengan baik walaupun kita tahu ada sedikit kekangan.
Setakat hari ini, kami mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara.
“Kita mungkin akan bertemu
Filipina di Manila, kemudian terus ke China kerana penerbangan ke Pyongyang
adalah dari Beijing.
“Jika kita tidak dapat bertemu
Filipina kita akan lawan dengan kelab dari China sebagai pemanas badan. Kita
akan berlepas dari Beijing pada 26 Mac,” katanya kepada pemberita di sini hari
ini selepas majlis undian pertandingan Piala FAM, Piala Presiden dan Piala
Belia di sini hari ini.
Dalam undian kelayakan ketiga
Piala Asia 2019, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee diletakkan dalam Kumpulan B
bersama Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon.
sumber- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-panaskan-badan-di-manila-1.439612#sthash.2haJT7jn.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan