Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
SKUAD kendalian Kim Swee mengalami kekalahan memalukan apaila tewas 0-6 kepada Palestin pada Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa, Amman, Jordan kelmarin.
KUALA LUMPUR – Hasrat skuad Harimau Malaya untuk menebus malu selepas dibelasah 0-6 oleh Palestin di Stadium Shah Alam, Selangor pada 16 Jun lalu tidak kesampaian apabila pasukan dari Asia Barat itu menang dengan jaringan sama pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 kelmarin.
Meskipun beraksi di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, anak-anak buah Abdal Nasser Barakat itu tidak patah semangat apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama sebelum memastikan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Malaysia.
Berhubung kekalahan terbaharu itu, bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan tampil meluahkan kekecewaannya sambil membidas aksi yang ditampilkan barisan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.
“Selepas kita menang 1-0 dengan Timor Leste tempoh hari, kita jangkakan ada peningkatan dalam skuad negara, namun ia sekadar impian kosong sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3rQ9VSXw2 Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan