Khamis, 12 November 2015

Ngauman Harimau Malaya gusarkan Palestin

KHAMIS, 12 NOVEMBER 2015 @ 8:15 AM

Daripada Mohd Fitrie Muhamad Fitrie@bh.com.my
 
PENGENDALI Palestin, Abdel Nasser Barakat dan ketua pasukan Palestin, Abdallatif Al Bahdari. - Foto REUTERS
AMMAN: Palestin tetap berwaspada dengan ancaman Malaysia ketika kedua-dua pasukan akan berentap pada aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di di Stadium Antarabangsa Amman, disini , hari ini.

Sejak dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee, skuad negara kian meningkat dan kejayaan membenam Timor Leste, 13 Oktober lalu nyata membuka mata pengendali Palestin, Abdel Nasser Barakat.

"Mereka pasukan yang bagus. Pastinya saya perlu memastikan seluruh pasukan berada dalam keadaan sedia untuk cuba memastikan kemenangan," katanya ketika merujuk kepada kemenangan Malaysia ke atas Timor Leste.

Ketika aksi dengan lawan sama, Palestin sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dan boleh dianggap bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan babak kedua.

Bagaimanapun, Abdel Nasser tetap bersikap tenang dalam merencanakan strategi terbaik bagi memastikan mata maksimum menjadi miliknya.

"Apa pun perkara negatif, kami cuba ambil semua itu dan tukar ia menjadi lebih positif. Kami perlu segera bangkit dan memastikan keadaan pemain berada terbaik," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Palestin, Abdallatif Al Bahdari berkata beliau dan rakan sepasukannya sentiasa optimis untuk beri yang terbaik.

"Kami sentiasa lihat ke depan dan tidak sabar untuk turun beraksi. Pastinya kemenangan menjadi perkara utama bagi memperbaiki kedudukan pasukan dalam kumpulan," kata Abdallatif.

SUMBER-BERITA HAIAN ONLINE 12.11.2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan