MyMetroNode
Oleh Ferzalfie Fauzi & Mohd Firdaus Hashim
sukan@hmetro.com.my
Subang: Ketua pasukan Pahang Razman Roslan dilantik
selaku kapten skuad Pilihan Malaysia apabila bertemu kelab gergasi Inggeris
Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh ketua jurulatih negara
Dollah Salleh pada sidang media yang berlangsung di Hotel Saujana, di sini,
sebentar tadi.
Razman yang sebelum ini enggan melaporkan diri bersama
skuad Dollah membuat pusingan 'U' dengan mengubah keputusan awalnya itu selepas
dipujuk jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan.
Katanya, dia amat terkejut dengan pengumuman itu dan
berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik biarpun menyedari
bukan mudah untuk menundukkan Liverpool.
"Saya terima dengan hati terbuka dan akan cuba
lakukan yang terbaik bersama pasukan pasukan.
"Tidak ada sebarang tekanan di atas lantikan itu
cuma ada rasa tanggungjawab yang lebih kepada pasukan," katanya
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @
6:24 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan