MyMetroNode
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Biarpun beberapa perancangan awalnya tidak
menjadi kenyataan namun jurulatih Skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt
tetap yakin beliau memiliki tempoh masa yang cukup untuk membentuk pasukan menggalas
misi memburu pingat emas di Kuala Lumpur.
Selepas hasratnya untuk mengumpul pemain secara tetap
dengan menyertai Liga Perdana musim ini mendapat kekangan, apa yang boleh
dilakukan oleh pengendali dari Jerman itu adalah memanggil pemain dalam tempoh
tertentu seperti skuad senior.
31 pemain berusia bawah 22 tahun (B-22) akan dipanggil
menyertai kem latihan pusat pertama bermula 14 Mac ini selepas kali terakhir
Bernhardt mengadakan sesi pemilihan awal Januari lalu.
Mereka kemudian bakal mengharungi ujian menentang skuad
Filipina B-22 pada 23 Mac dan pasukan kebangsaan Nepal (27 Mac) di Stadium
Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan
“Perancangan saya ketika ini adalah menggunakan tarikh
perlawanan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) bagi mengadakan kem
latihan dan aksi persahabatan.
“Selain itu saya juga akan gunakan masa ketika liga
berehat pada Ramadan serta November dan Disember apabila saingan liga berakhir.
“Kami mempunyai masa lebih setahun untuk membuat
persiapan ke Sukan SEA jadi buat permulaan kami perlu uji pemain dalam kem
pertama nanti dan kemudian fokus kepada hala tuju Sukan SEA,” katanya kepada
Arena Metro.
Semua pemain yang dipanggil diminta melaporkan diri pada
Isnin depan kecuali sembilan pemain yang bakal menyusul pada 17, 19 dan 20 Mac
selepas selesai tugasan bersama pasukan masing-masing dalam saingan Piala AFC
serta Piala FA.
Daripada senarai itu kedudukan pemain pertahanan Pahang
Matthew Thomas Davies akan ditentukan jika dia tidak menyertai skuad Harimau
Malaysia manakala seorang lagi pemain kacukan Rodney Calvin Akwensive dari
Sarawak antara yang mencuri tumpuan dalam skuad projek ini.
“Saya lihat Rodney Calvin Akwensive sebagai seorang
pemain muda menarik yang telah pun mempunyai sedikit pengalaman bermain di Liga
Super. Beliau mempunyai kelebihan fizikal yang bagus serta berkebolehan untuk
bermain di pelbagai posisi dan saya mahu melihat beliau berlatih bersama pemain
kelak.
“Kita akan menggunakan kedua-dua perlawanan ini sebagai
perlawanan ujian untuk mencari kesebelasan pasukan dan juga menguji
pemain-pemain di posisi berbeza. Saya mengharapkan persembahan dan perlawanan
yang baik daripada para pemain,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @
10:02 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan