Rabu, 9 Oktober 2019

Mat Yo tak gentar

 PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Hanoi malam ini dalam
PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Hanoi malam ini dalam persiapan menghadapi Vietnam, Khamis ini. - Gambar FAM
Fadhilul Izmel Ishak

08 Oktober 2019 9:41 PM

HANOI 8 Okt. - Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha tidak gentar meskipun Vietnam memiliki pertahanan yang beraksi bersama kelab Eropah apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Khamis ini.

Norshahrul yang lebih dikenali Mat Yo berkata dia enggan memikirkan kelebihan yang dimiliki pasukan lawan sebaliknya mahu kekal fokus dalam misinya membantu pasukan kebangsaan mengutip tiga mata di Hanoi.


“Memang betul mereka memiliki pertahanan yang beraksi di Eropah dan itu mungkin boleh menjadi satu kelebihan buat pasukan Vietnam.

“Bagaimanapun, jika barisan pemain dapat bersatu hati dan memberikan lebih 100 peratus, mungkin kita boleh mendapatkan keputusan positif di sini,” katanya pada sesi latihan di sini hari ini.

Pertahanan Naga Emas, Doan Van Hau beraksi di Eredivisie bersama Heerenveen SC dipanggil oleh pengendali Vietnam iaitu Park Hang Seo manakala seorang lagi pemain yang berpengkalan di Eropah iaitu penyerang, Nguyen Cong Phuong mewakili kelab Liga Belgium, Sint-Truidense.

Dalam pada itu, penyerang Pahang, Mat Yo berkata setiap pemain yang diturunkan terutamanya di posisi serangan bertanggungjawab dalam misi memburu.

“Dalam setiap perlawanan, saya sentiasa menyimpan hasrat untuk menjaringkan gol dan jika saya diturunkan pada aksi Khamis ini, sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik.



“Namun, sesiapa pun boleh menjaringkan gol kerana yang penting, kita sentiasa bersatu hati. Saya percaya pada rezeki dan saya mengharapkan semoga rezeki kita akan sentiasa mudah ketika menentang Vietnam nanti,”katanya. SUMBER- UTUSAN ONLINE 08 Oktober 2019 9:41 PM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan