MyMetroNode
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Seremban: Skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian jurulatih
Frank Bernhardt dipaksa berhempas pulas sebelum mencatat keputusan seri 1-1
menentang skuad kebangsaan Nepal dalam aksi persahabatan, malam tadi.
Keputusan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, itu
menyaksikan skuad muda negara gagal meneruskan rentak kemenangan selepas
mengalahkan skuad bawah 22 tahun Filipina (B-22) 4-1 Rabu lalu.
Sedikit rombakan dilakukan Bernhardt bagi aksi kedua ini
dengan empat pemain baru diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama.
Ternyata pertemuan dengan skuad senior Nepal ini lebih
sukar apabila skuad muda negara gagal mendominasi permainan serta sukar
melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol pasukan pelawat.
Nepal yang dibimbing jurulatih dari Jepun, Koji Gyotoku
membuka tirai jaringan di minit ke-37 selepas Bharat Kawas melepasi kawalan
kapten Mohamad Faris Shah Rosli sebelum tenang melepaskan rembatan ke gawang.
Skuad negara cuba bangkit pada babak kedua namun terpaksa
menunggu sehingga minit ke-87 apabila pemain gantian Muhammad Arif Mohamad
Anwar muncul penyelamat dengan menjaringkan gol penyamaan 1-1.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 11:15 PM-SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan