Jumaat, 22 Mac 2019

Sokongan penyokong, kekuatan kami - Sumareh


PENYERANG Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh (kiri) diasak pemain
PENYERANG Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh (kiri) diasak pemain Singapura Muhammad Safuwan Baharudin (kanan) pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala Air Marine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - BERNAMA
22 Mac 2019 9:39 PM

KUALA LUMPUR 22 Mac. - Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh menyeru rakan sepasukannya bangkit mencipta keputusan positif dalam aksi Piala Air Marine menentang Afghanistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang esok.

Tambahnya, turut berharap sokongan penyokong setia turun memberi sokongan dalam keadaan sebegini kerana pasukan begitu memerlukan sokongan mereka.


“Kita kena melupakan kekalahan lalu dan terus memberi fokus pada perlawanan akan datang. Setiap masa penyokong mengharapkan kemenangan dan kami juga ingin keputusan begitu.

“Setiap kali turun ke padang kami mahu menang bukan turun untuk kalah. Penyokong setia akan sentiasa bersama pasukan dalam keadaan baik (menang) atau buruk (kalah).

“Sokongan penyokong sangat diharapkan kami ketika ini. Perlawanan esok menentang Afghanistan kami akan beri yang terbaik dan cuba dapat keputusan positif,” katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sokongan-penyokong-kekuatan-kami-sumareh-1.867618#ixzz5iyUIJWyz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan