GANDINGAN
Safawi Rasid (kiri), Akhyar Rashid (tengah) dan Syahmi Safari menjadi sandaran
Malaysia untuk menentang China dalam kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium
Shah Alam, malam ini.
FADHILUL IZMEL
ISHAK
26 Mac 2019
3:00 AM
KUALA LUMPUR
25 Mac - Seri atau kalah tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana.
Dalam kata
lain, Malaysia mesti menumpaskan China dalam aksi terakhir Kumpulan J esok jika
mahu meraih tiket ke Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23) di Bangkok, tahun depan.
Di atas kertas
ia nampak sukar kerana China telah meledak 13 gol dalam dua perlawanan pertama
selepas membelasah Laos 5-0 dan Filipina 8-0, namun jangan dilupa ada sebab
mengapa Malaysia digelar ‘pembunuh gergasi’.
Skuad
bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang mengalahkan Filipina 3-0 dan Laos 1-0 dalam
aksi terdahulu mengejutkan Arab Saudi dan Korea Selatan ketika memahat sejarah
ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di China, tahun lalu.
Kejayaan
melayakkan diri ke Bangkok menawarkan tiket Sukan Olimpik 2020 untuk direbut,
sasaran utama Kim Swee dan anak-anak buahnya.
“Esok kita
turun dengan satu objektif iaitu mesti menang. Memang tidak mudah tetapi bukan
mustahil,” kata Kim Swee.
Berdasarkan
format pertandingan, 11 juara kumpulan akan layak secara automatik ke
pusingan akhir, diikuti empat naib juara terbaik manakala Thailand sudah
mengesahkan tiket selaku tuan rumah dari 8-26 Januari.
Biarpun ada
empat slot ditawarkan kepada naib juara kumpulan, namun peluang Malaysia untuk
layak cukup tipis kerana berada di ranking kelapan.
Selepas
merehatkan beberapa tonggak seperti Safawi Rasid dan Nik Syahiran Nik Mat dalam
kesebelasan utama menentang Laos, Kim Swee bersedia menurunkan semula barisan
terbaiknya esok.
sumberArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-roboh-tembok-besar-1.869722#ixzz5jGPoi2bB
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan