PEMAIN
Malaysia kecewa gagal mengalahkan China dalam perlawanan terakhir Kumpulan J,
kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, malam tadi. -
UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI
27
Mac 2019 2:27 AM
KUALA
LUMPUR 27 Mac - Malaysia terpaksa membayar harga mahal akibat gagal menumpaskan
China malam tadi selepas disahkan tidak layak ke pusingan akhir Kejuaraan AFC
bawah 23 (B-23) di Bangkok, tahun depan.
Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan skuad
bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu gagal menempatkan diri dalam kalangan empat
naib juara terbaik pada kempen kelayakan.
Slot
tersebut sebaliknya diisi Australia, Iran, Syria dan Tajikistan.
Malaysia
sebelum itu hampir meraih tiket automatik selepas mendahului China 2-1 dalam
aksi terakhir Kumpulan J, kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam.
Bagaimanapun
jaringan Jiang Shenglong enam minit sebelum tamat permainan meranapkan impian
anak-anak buah Kim Swee untuk mengutip tiga mata apabila sekadar seri 2-2.
Biarpun
berkongsi tujuh mata bersama China hasil dua kemenangan dan satu seri, namun
jurang gol besar yang dimiliki skuad bimbingan Guus Hiddink membolehkan mereka
muncul juara kumpulan.
Kegagalan
ini pasti mengecewakan pasukan negara yang cemerlang mara ke suku akhir dalam
penampilan sulung di China, tahun lalu.
Ia
juga meranapkan impian mereka untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik 2020 di
Tokyo. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-sah-tak-layak-1.870509#ixzz5jMGAhEJ8
©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan