Sabtu, 21 Mei 2016

11 muka baru disenarai

Oleh Firdaus Hashim -firdaushashim@hmetro.com.my
Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan senarai nama 25 pemain bagi menghadapi aksi persahabatan berstatus 'A' bertemu Myanmar di Yangon 28 Mei ini, disusuli dua aksi play-off 1 kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste pada 2 dan 6 Jun ini di Larkin.

Berdasarkan senarai yang dipanggil kali ini, pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee hanya mengekalkan 14 pemain yang tewas 2-0 kepada Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia di Jeddah Mac lalu selain seri 0-0 dengan Macau dalam aksi persahabatan di Melaka sebelum ini.

Selebihnya Kim Swee menyenaraikan 11 muka baru termasuk tonggak tengah Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Amirulhadi Zainal serta pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abdul Latiff Suhaimi dan Khair Muhammad Jefri Jones dari pasukan Melaka United.

"Inilah 'transisi' yang cuba saya lakukan dengan memanggil ramai pemain baru bagi menggantikan pemain lama ke dalam pasukan.

"Walaupun ini adalah penampilan pertama Latiff dan Khair di pentas antarabangsa saya percaya kedua-duanya sudah bersedia menghadapi cabaran di peringkat tertinggi ini," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, sebentar tadi.

Kesemua pemain akan mula melaporkan diri di Wisma FAM pada Ahad ini kecuali 10 pemain Johor DT yang akan hanya menyertai latihan pusat pada 26 Mei sehari selepas tugasan Piala AFC bertemu kelab dari Filipina, Kaya FC di pusingan kedua selesai.

Senarai Nama 25 pemain yang dipanggil

1. Mohd Izham Tarmizi (Johor DT)- Penjaga Gol

2. Mohamad Aidil Zafuan (Johor DT)- Pertahanan

3. Mohamad Fadhli Shas (Johor DT)- Pertahanan

4. Junior Estdal (Johor DT)- Pertahanan

5. S Kunanlan (Johor DT)- Pertahanan

6. Muhammad Fazly Mazlan (Johor DT)- Pertahanan

7. Safiq Rahim (Johor DT)- Tengah

8. Mohd Amirul Hadi Zainal (Johor DT)- Tengah

9. S Chanturu (Johor DT)- Tengah

10. Mohd Amri Yahyah (Johor DT)- Penyerang

11. Muhammad Shahrom Kalam (Selangor)- Pertahanan

12. Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor)- Pertahanan/Tengah

13. R Gopinathan (Selangor)- Tengah

14. Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)- Penyerang

15. Mohd Farhan Abu Bakar (Kedah) - Penjaga Gol

16. Baddrol Bakhtiar (Kedah) - Tengah

17. Mohamad Amirul Hisyam (Kedah) - Tengah

18. Ahmad Fakri Saarani (Kedah)- Tengah

19. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) - Penjaga Gol

20. Brendan Gan (Kelantan) - Tengah

21. Christie Jayaseelan (FELDA United) - Tengah

22. Abdul Latiff Suhaimi (PDRM) - Tengah

23. Matthew Davies (Pahang) - Pertahanan

24. S Kumaahran (Pulau Pinang) - Penyerang

25. Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United) - Pertahanan

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 4:30 PM
 
Kim Swee (kiri) pada sidang media mengumumkan pemain skuad kebangsaan di Wisma FAM. FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan