Johor Bahru:
Tempoh dua hari sesi latihan dikendalikan Datuk Ong Kim Swee menjelang
pertembungan Malaysia menentang Timor Leste pada aksi play-off kelayakan Piala
Asia 2019 akan menjadi pengukur kepada sebarang rombakan pemain.
Kim Swee
yang ditemui pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan di Padang Seri Gelam
jelas tidak mahu terlalu pantas dalam menamakan kesebelasan utama kerana ingin
menilai dulu setiap pemain sebelum membuat keputusan muktamad.
“Saya akan
menilai setiap pemain dalam tempoh dua hari ini kerana macam-macam boleh
berlaku dan jika perlu ada perubahan saya akan lakukan.
“Pada aksi
persahabatan menentang Myanmar, Sabtu lalu, saya memberi peluang kepada 17
pemain beraksi dan daripada apa yang mereka sajikan, ternyata kita perlukan
peningkatan terutama di posisi serangan,” katanya.
Turut
menyaksikan latihan skuad kebangsaan semalam ialah Penaung Diraja Persatuan
Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Johor Darul
Ta’zim (Johor DT) satu-satunya kelab di Malaysia yang memberi peluang kepada
skuad kebangsaan menggunakan kelengkapan sedia ada di Padang Seri Gelam.
Kim Swee
juga tidak menafikan betapa barisan serangan perlu digilap seandainya mahu
memastikan kemenangan ke atas Timor Leste yang dibimbing Fernando Alcantara.
“Ada dua
tiga perkara perlu ditingkatkan seperti yang saya cakap iaitu kita perlu
tingkatkan serangan untuk mendapatkan peluang dan dari situ akan cuba jaringkan
gol.
“Jika tak
ambil peluang atau tidak banyak melakukan serangan bermakna kita tidak akan
mendapatkan gol. Itu masalah yang membelenggu pemain saya walaupun tidak serius
namun tetap akan diperbaiki.
“Perancangan
taktikal yang ampuh amat diperlukan kerana ia penting dan latihan hari ini
lebih tertumpu kepada pemulihan sebelum diteruskan dengan percaturan taktikal,”
kata Kim Swee.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 9:36 AM
SKUAD negara
gigih berlatih sebagai persediaan menghadapi Timor Leste.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan