Selasa, 31 Mei 2016

Hamidin tetap percaya kepada Harimau Malaysia

MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI  |  31 Mei 2016 4:46 PM
SKUAD Harimau Malaysia menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Timor Leste, Khamis ini di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR 31 Mei - Walaupun prestasi Harimau Malaysia diragui ekoran aksi hambar yang ditunjukkan dalam tiga perlawanan terakhir, namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap yakin skuad kebangsaan bakal mempamer kebangkitan apabila menentang Timor Leste dalam playoff kelayakan Piala Asia, Khamis ini.
Setiausaha FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, permainan pemain Malaysia menunjukkan peningkatan terutama dalam dua sesi latihan terakhir yang dijalankan di Larkin, berbanding ketika diikat 0-0 dengan Myanmar.
“Kebanyakan pemain dikumpulkan hanya dalam tempoh 24 jam ketika kita menentang Myanmar, jadi pasukan negara gagal mempamer aksi mantap. Namun, Selepas menjalani latihan bersama di Larkin, mereka dalam proses peningkatan.
“Saya tetap percaya kepada skuad Harimau Malaysia dan yakin mereka mampu melakar kemenangan ke atas Timor Leste,” kata Hamidin, yang juga pengurus pasukan Harimau Malaysia. - UTUSAN ONLINE

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/hamidin-tetap-percaya-kepada-harimau-malaysia-1.337063#sthash.RLylJcy0.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan