Selasa, 31 Mei 2016

Kim Swee tetap optimis

‘Pemain kita ada potensi, harap bersabar’
MOHAMMADROZAIDI ZULKIFLI  |  30 Mei 2016 1:05 AM
 KELANA JAYA 17 Mac 2016 - Ketua Jurulatih Pasukan Malaysia, Datuk
KELANA JAYA 17 Mac 2016 - Ketua Jurulatih Pasukan Malaysia, Datuk
ONG KIM SWEE percaya Harimau Malaysia akan menampilkan aksi berbeza menentang Timor Leste.
KUALA LUMPUR 29 Mei - Mahu merahsiakan taktikal sebenar atau itu sahaja kemampuan skuad Harimau Malaysia apabila terus membuat peminat bola sepak negara berasa kecewa selepas sekadar seri 0-0 dengan Myanmar dalam aksi persahabatan di Yangon.
Bagaimanapun ujian sebenar skuad negara adalah ketika menghadapi dua perlawanan playoff kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste pada 2 dan 6 Jun ini di Stadium Tan Sri Ha­ssan Yunos, Larkin.
Bagi Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui kehilangan tonggak tengah negara, Safiq Rahim amat dirasai, namun beliau percaya barisan pemain yang sedia ada mampu mempamerkan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya.
Malah beliau juga menjelaskan barisan serangan memerlukan sedikit masa lagi untuk membentuk keserasian dalam mempertajamkan sentuhan bagi menghasilkan jaringan.
“Dalam pemikiran saya telah ada baya­ngan kesebelasan utama tapi mungkin akan ada sedikit perubahan di beberapa posisi.
“Jelas sekali jika ada Safiq dalam kesebelasan utama akan lebih memberi saya kesenangan namun kecederaannya perlu dinilai.
“Di Larkin nanti saya yakin barisan serangan mampu menjelmakan sesuatu kerana pe­nyerang perlukan masa untuk bentuk keserasian.
“Saya juga yakin dan percaya dengan keupayaan Hazwan (Ahmad Hazwan Bakri), S. Kumaahran dan Zaquan ( Zaquan Adha Abd Radzak) tapi kita harus sedikit bersabar. Beri kami masa untuk mencari gabungan yang terbaik.
“Kami perlu lebih klinikal bukan sahaja di depan gol tetapi juga dari segi percubaan tepat ke arah gol dan ia datang dengan keyakinan serta keupayaan teknikal,” katanya.
Dalam perlawanan semalam kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit permainan dengan Myanmar, ranking ke-167 dunia kendalian jurulatih dari Jerman, Gerd Zeise dan Malaysia, ranking ke-174 masing-masing memiliki peluang terbaik menjaringkan gol.
Jurulatih kelahiran Melaka itu juga memahami kekecewaan yang dirasai peminat ketika ini tetapi Kim Swee berharap pe­minat-peminat bola sepak negara dapat turun memberi sokongan padu di Larkin nanti.
“Kami berharap untuk mempamerkan aksi lebih baik pada dua perlawanan playoff ketika bertemu Timor Leste.
Tidak ada keraguan bahawa kita perlu menjadi lebih baik tetapi yang perlu sedikit masa dan saya harap semua akan faham bahawa pasukan ini tidak boleh dibina dalam sekelip mata, jelasnya yang akan menyertai pasukan itu di Johor Bharu pada 30 Mei.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-tetap-optimis-1.336341#sthash.HGuYGTCR.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan