Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
PARA pemain negara pada sesi
pemanas badan sebelum aksi persahabatan antarabangsa menentang Myanmar di
Stadium Thuwunna semalam.
KETUA jurulatih Harimau
Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan, prestasi skuad kebangsaan masih
berada pada landasan sebenar meskipun terikat tanpa jaringan ketika menentang
Myanmar dalam aksi persahabatan di Yangon malam tadi.
Bagaimanapun, Kim Swee tidak
menolak bahawa pasukan bimbingannya kerap melakukan kesilapan yang
memperlihatkan pasukan lawan tampak lebih bertenaga berbanding persembahan
anak-anak buahnya.
Menurut pengendali kelahiran
Melaka itu, beliau optimis prestasi skuad kebangsaan masih berada pada tahap
yang baik jika dibandingkan dengan aksi pemanas badan sebelum ini menentang
Macau yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Melaka pada 28 Mac lalu.
Namun, bekas jurulatih Harimau
Muda A itu tetap mengakui bahawa skuad Harimau Malaysia perlu memperbaiki
kelemahan menjelang aksi pertama timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 bertemu
Timor Leste di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
pada 2 Jun depan.
“Pada perlawanan malam ini
(malam tadi) kita bermain agak baik tetapi saya percaya, kita mampu bermain
dengan lebih baik. Banyak hantaran yang silap dilakukan menyebabkan kita diasak
dengan serangan balas Myanmar.
“Ia satu perlawanan agak sukar
dan saya fikir ia mencapai matlamat buat kedua-dua pasukan. Selepas aksi terakhir
menentang Macau dan hari ini (semalam) pemain-pemain bermain dengan pasukan
lebih kuat.
“Seperti saya katakan sebelum
ini, Myanmar memiliki ramai pemain muda dan mereka banyak mencipta masalah buat
kami tetapi saya percaya, pasukan kami akan bertambah bagus selepas ini. Saya
berharap ia akan berlaku sebelum kami akan menentang Timor Leste (pada aksi
kelayakan Piala Asia 2019).
“Pertama, kena tahu setiap
perlawanan kita inginkan kemenangan tetapi apabila beraksi di tempat lawan dan
pada masa sama, saya perlu memikirkan tahap kecergasan pemain hanya tinggal
beberapa hari. Apa yang ditunjukkan oleh para pemain saya percaya, harus (kena)
bertambah baik pada 2 Jun nanti (menentang Timor Leste),” ujar Kim Swee pada
sidang akhbar selepas tamat perlawanan.
Dalam perkembangan sama, Kim
Swee tidak menganggap benteng pertahanan skuad negara kerap melakukan kesilapan
sebagaimana beliau menyifatkan hantaran-hantaran lemah menjadi antara salah
satu faktor Harimau Malaysia gagal menembusi gawang Myanmar.
“Pertahanan tidak banyak
melakukan kesilapan dan seperti saya katakan, kesilapan hantaran (bola) yang
kita lakukan menyebabkan Myanmar dilihat sebagai pasukan yang kuat. “Kesilapan
kita sendiri memberi ruang kepada Myanmar ke depan dengan lebih kerap tetapi
saya percaya, kita akan bangkit untuk aksi menentang Timor Leste,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4A0Fdf7Eb
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan