ARKIB : 01/11/2006
BANGALORE Perjuangan misi
hidup atau mati buat skuad bawah 20 kebangsaan yang mesti menewaskan pasukan
pilihan, Arab Saudi dalam saingan kedua Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Piala
Belia AFC di Stadium Sree Kanteerava, hari ini.
Kalah kepada Arab Saudi bermakna
skuad bimbingan K. Rajagopal bakal pulang awal dan tampil mengharungi
perlawanan terakhir berdepan Iraq dalam perlawanan terakhir sekadar
melengkapkan jadual yang sudah diatur.
Kekalahan 1-2 kepada Vietnam
kelmarin dalam saingan pertama menerbitkan kekecewaan paling menebal sekali gus
menyulitkan laluan anak didik Rajagopal untuk layak ke pusingan seterusnya.
Berdepan dengan juara dua kali
Arab Saudi hari ini bukan tugas semudah yang dijangkakan buat kesebelasan
terbaik bakal diturunkan oleh Rajagopal.
Kekuatan Arab Saudi yang
menjadi pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya dalam Kumpulan D sudah
terpancar apabila mereka berjaya mengikat Iraq dengan keputusan seri 2-2 dalam
perlawanan terdahulu sebelum pertemuan Malaysia menentang Vietnam.
Tiada apa yang mampu diluahkan
oleh Rajagopal selepas kekalahan 1-2 kepada Vietnam dan mengharapkan keajaiban
anak didiknya untuk membuat kejutan menewaskan Arab Saudi buat menghidupkan
peluang yang semakin pudar.
Kita tewas dalam perlawanan
pertama dan untuk melihat ke belakang apa yang terjadi tidak ada gunanya lagi
apa yang penting sekarang bagaimana hendak mengalahkan Arab Saudi.
Saya tahu kita berada dalam
situasi paling kritikal di mana kita memerlukan kemenangan pertama untuk layak
ke pusingan seterusnya dan saya tidak mahu mengalah dengan peluang kami untuk
terus berjuang.
Persoalan kini bagaimana
hendak menyemarakkan semangat pemain dalam perlawanan paling penting.
Pada masa ini kita perlu
melihat kekuatan Arab Saudi dan bagaimana kita mampu untuk mengatasi mereka,
ujar Rajagopal.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz45K5nIHpU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan