Oleh
MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Gambar Wan
Zack atas kerusi roda yang diperoleh dalam akaun Twitter pemain itu.
KUALA LUMPUR
- Skuad Harimau Malaya mahupun Harimau Muda menerima tamparan hebat apabila
dikejutkan dengan kecederaan bintang muda, Wan Zack Haikal Wan Nor.
Wan Zack
mendapat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) semasa menjalani latihan
bersama kelabnya, FC Ryukyu di Jepun, semalam yang akan merehatkannya selama
sembilan bulan untuk pulih.
Lebih
malang, berita sedih itu muncul menjelang kelayakan Piala Asia 2015 dan misi
mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada tahun ini.
Perkara yang
menimpa pemain kebangsaan itu disahkan sendiri melalui akaun Twitter Wan Zack.
Ketiadaan
pemain berusia 22 tahun dari Maran, Pahang itu pasti akan menjejaskan
sebahagian besar kekuatan Harimau Malaya dan Harimau Muda.
Pemain
terbaik kejohanan Pestabola Merdeka 2013 edisi ke-41 itu dilihat seperti sukar
menerima hakikat apabila dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya mengenai
kecederaan ACL itu sehingga mendorongnya meminta maaf kepada semua peminat.
Orang yang
mungkin paling merasai ketiadaan Wan Zack sudah tentu pengendali Harimau Muda,
Ong Kim Swee, yang telah dihubungi Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu, Sotaro
Shinoda tetapi beliau mahu menunggu laporan perubatan secara rasmi sebelum
berkata apa-apa.
''Buat masa
ini saya tidak boleh mengatakan Wan Zack telah terkeluar daripada perancangan
saya untuk ke Sukan SEA 2013 di Myanmar walaupun memang saya akui dia memiliki
peluang tipis jika benar dia mendapat kecederaan ACL.
"Bagaimanapun,
saya mahu menunggu terlebih dahulu laporan penuh berhubung status kecederaan
Wan Zack dari pihak FC Ryukyu dan kita akan umumkan status Wan Zack dalam masa
terdekat," katanya ketika dihubungi, semalam.
Malah,
beliau juga komited untuk membawa pulang Wan Zack ke Malaysia dari Okiniwa,
Jepun, namun perlu mengadakan perbincangan mendalam dengan pihak pengurusan
Ryukyu.
"Kita
tidak boleh sesuka hati membawa Wan Zack pulang ke sini kerana dia adalah
pemain yang mempunyai kontrak dengan FC Ryukyu, jadi kita perlu menghormati
majikannya, " katanya.
Berita
mengenai kecederaan Wan Zack juga mengundang resah kepada jurulatih Harimau
Malaya, Datuk K. Rajagobal yang berdepan misi penting menentang Bahrain pada 15
Oktober ini di Stadium Shah Alam selain perlawanan persahabatan dengan Emiriah
Arab Bersatu (UAE), Isnin depan di Shenzhen, China.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131002/su_01/Harimau-hilang-Wan-Zack#ixzz2gfQymnJj©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan