Selasa, 16 Januari 2018 | 12:18pm
PENJAGA gol muda negara, Haziq
Nadzli (kiri) bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan menjelang aksi
menentang Arab Saudi, hari ini.
Waspada gerakan Arab Saudi: Haziq
Daripada Aziman Rosdi di Kunshan
danChina
aziman@nstp.com.my
Penjaga gol muda negara, Haziq
Nadzli menggesa rakan sepasukan supaya lebih berwaspada dengan gerakan
'set-piece' Arab Saudi apabila mereka membuat perhitungan terakhir Kumpulan C
bagi merebut tempat ke suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di
Stadium Kunshan, China hari ini.
Dia berkata, dengan kelebihan
fizikal yang dimiliki, Arab Saudi pasti akan berusaha menggunakan setiap ruang
dan peluang untuk menembusi gawang negara.
"Sekarang kami berdepan misi
wajib menang dan di atas kertas, Arab Saudi adalah pasukan besar namun kita
tidak boleh terlalu menghormati mereka.
"Bagi saya, ini adalah
pertemuan 11 lawan 11, saya akui mereka bahaya terutama dalam situasi bola mati
dan hantaran lintang sebab mereka ada ramai pemain yang tinggi.
"Bagaimanapun, sebagai
penjaga gol, saya perlu menggunakan kelebihan saya untuk membantu bahagian
pertahanan," katanya ketika ditemui hari ini.
Haziq, 20, tidak beraksi ketika
Malaysia tewas 1-4 kepada Iraq dalam aksi pembukaan namun diberi kepercayaan
mengambil tempat Ifwat Akmal Chek Kassim ketika menentang Jordan yang
berkesudahan seri 1-1.
Dia berharap akan terus diberi
peluang oleh pengendali Datuk Ong Kim Swee bagi aksi menentang naib juara 2013,
Arab Saudi hari ini dalam misi memburu kemenangan andai mahu meloloskan diri ke
pusingan kedua.
"Ketika menentang Jordan,
kita kerap diasak pada saat akhir permainan dan saya banyak beri arahan di
bahagian pertahanan. Saya perlu membantu pertahanan dan mereka perlu melakukan
perkara yang sama," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
16 Januari 2018 | 12:18pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan