AKHYAR (kanan) perlu lebih
bekerja keras untuk meningkatkan prestasi.
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
PEMILIHAN empat pemain bawah 19
tahun (B-19) untuk menyertai senarai akhir skuad B-23 ke Kejuaraan B-23
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di China tidak bermakna mereka bola mendabik
dada atau cepat berasa puas hati.
Empat pemain berkenaan adalah
Hadi Fayyadh Abdul Razak, Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Shivan
Pillay Asokan.
Pengendali B-19, Bojan Hodak
berkata pemilihan itu tidak bermakna mereka sudah mencapai kemuncak dalam
karier masing-masing.
“Saya gembira apabila mereka
terpilih dalam senarai akhir 23 pemain. Pemilihan itu menunjukkan prestasi
mereka semakin meningkat.
“Bagaimanapun, mereka tidak boleh
berasa gembira dengan pemilihan itu sebaliknya perlu terus bekerja keras,”
katanya.
Skuad B-23 bakal menentang skuad
B-23 Syria pada 5 Januari ini dalam aksi persahabatan terakhir sebelum membuka
tirai sebenar menentang Iraq pada 10 Januari diikuti Jordan (13 Januari) dan
Arab Saudi (16 Januari).
Namun secara positif, pemilihan
empat pemain berkenaan boleh menjadi perkembangan baik buat skuad B-19 yang
turut bersaing di pentas Asia pada Kejuaraan B-19 AFC di Indonesia dari 18
Oktober hingga 4 November ini.
Begitupun, Bojan mengingatkan
pemainnya supaya mengekalkan motivasi diri untuk berada pada tahap tertinggi
dan cuba memasang cita-cita untuk terus maju pada masa akan datang.
“Mereka perlu terus berusaha dan
cuba menempatkan diri dalam skuad kebangsaan,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 31 Disember 2017 @ 6:18 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan