Khamis, 11 Januari 2018

Iraq tetap hormat Malaysia

 KIM SWEE bersalaman dengan Abdul Ghani Shahad sambil diperhatikan oleh jurulatih Jordan, Iain Richar
ONG KIM SWEE bersalaman dengan Abdul Ghani Shahad sambil diperhatikan oleh jurulatih Jordan, Iain Richard Brunskill (tengah) dalam sidang akhbar di Changshu, China semalam. – UTUSAN
10 Januari 2018 3:00 AM

CHANGSHU, China 9 Jan. - Walaupun kehilangan dua pemain penting namun jurulatih Iraq, Abdul Ghani Shahad kekal tenang untuk menghadapi Malaysia dalam perlawanan sulung Kejohanan Bawah 23 AFC di sini.
Video oleh FADHILUL IZMEL ISHAK
Kedua-dua pasukan itu akan memulakan aksi pertama Kumpulan C di Stadium Changshu esok dan Abdul Ghani memberitahu ketiadaan penyerang utamanya Aymen Hussein dan Ahmad Mohsin Jaber tidak mengganggu misi mereka untuk membawa pulang trofi kejohanan.

“Semua pemain tiada masalah untuk menghadapi kejohanan ini dan walaupun ada dua pemain saya tidak dapat diturunkan esok namun itu bukan masalah sebab saya mendaftarkan 23 pemain untuk kejohanan ini.

“Saya tidak melakukan ba­nyak pertukaran pemain bagi mengambil bahagian dalam pusingan akhir kejohanan ini dan boleh dikatakan skuad saya hampir sama dengan yang bermain dalam kelayakan pada tahun lalu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Changshu hari ini.

Dua tonggak Iraq iaitu Aymen dan Ahmad Mohsin tidak dapat diturunkan untuk perlawanan esok kerana digantung perlawanan.

Ayman yang merupakan penjaring terbanyak dalam pusi­ngan kelayakan dengan enam gol tidak dapat beraksi dua perlawanan pertama peringkat kumpulan ke­rana mengutip kad merah manakala Ahmad Mohsin digantung satu permainan setelah mengumpul dua kad kuning.

Dalam pada itu, Abdul Ghani turut berharap agar anak-anak buahnya dapat mengulangi kejayaan mereka lima tahun lalu apabila berjaya membawa pulang trofi kejohanan edisi pertama.

“Sebelum ini kami muncul juara dan untuk edisi kali ini situasi adalah berbeza namun itu tidak akan menjadi penghalang kepada kami daripada menghiburkan semua peminat Iraq di tanah air,” katanya. – UTUSAN

“Semua pasukan mempunyai peluang sama rata dalam kejohanan ini. Kami mahu memberi tumpuan dalam aksi pertama dan saya menjangkakan Malaysia adalah pasukan yang bagus sebab mereka turut layak ke pusingan akhir kejohanan ini,” katanya. – UTUSAN



SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-iraq-tetap-hormat-malaysia-1.587398#ixzz53rzd5CvD

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan