Masalah kesihatan Adam,
Thanabalan resahkan pasukan negara
Pengurus skuad Malaysia, Datuk
Yusof Mahadi (dua dari kanan) dan Ong Kim Swee memberi kata-kata semangat
kepada pemain negara pada sesi latihan di Padang Latihan Sekolah Tinggi
Changshu, China.
Fadhilul Izmel Ishak
12 Januari 2018 3:00 AM
46
CHANGSHU, China 11 Jan. -
Walaupun dihimpit kecederaan dua tonggak, Adam Nor Azlin dan N. Thanabalan,
selain dibayangi kekalahan 1-4 kepada Iraq, Malaysia sama sekali tidak akan
bermain secara bertahan apabila menentang Jordan dalam perlawanan kedua
Kejuaraan Bawah 23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sabtu ini.
Keadaan kapten dan pemain tengah,
Adam yang demam sebelum pertemuan menentang Iraq belum menunjukkan perkembangan
positif manakala penyerang, Thanabalan mengalami masalah hamstring.
Kedua-dua pemain diturunkan
dalam kesebelasan utama semalam.
Malaysia akan berdepan Jordan
dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Changshu, dan satu lagi kekalahan
bakal menunjukkan jalan keluar lebih awal buat anak-anak buah Datuk Ong Kim
Swee.
“Adam demam sebelum perlawanan
lagi namun dia tetap mahu beraksi, manakala Thanabalan kemungkinan besar tidak
dapat diturunkan menentang Jordan.
“Bagaimanapun masih terlalu awal
untuk membuat keputusan kerana saya perlu meneliti laporan doktor,” kata Kim
Swee kepada pemberita.
Masalah terbaharu yang dialami
Kim Swee bagaimanapun tidak akan menukar fikiran pengendali kelahiran Melaka
itu untuk turun dengan corak agresif, sama seperti ketika menentang Iraq.
Cuma kata Kim Swee, pasukannya
perlu mengurangkan kesilapan yang mampu menghukum diri.
Tegasnya, Malaysia sebenarnya
mampu memberi saingan, namun kegagalan mengutip kemenangan ketika berdepan
Iraq berpunca daripada kesilapan sendiri yang terlalu mudah membuka ruang
kepada lawan.
“Saya boleh datang ke sini dengan
corak taktikal bertahan untuk setiap perlawanan tetapi apa yang kita boleh
pelajari selain bertahan? Kita tidak boleh belajar corak permainan yang kita
inginkan.
“Bagaimanapun, saya fikir untuk
pendedahan yang lebih baik kita perlu bermula dengan corak permainan sendiri.
“Ia terbukti berkesan (ketika
menentang Iraq), cuma kita hilang kawalan dan itu menjadi punca kekalahan,”
katanya kepada pemberita di Padang Latihan Sekolah Tinggi Changshu hari ini.
Kim Swee berkata, anak-anak
buahnya perlu kembali fokus kerana mengakui Jordan dan Arab Saudi yang terikat
2-2 dalam aksi pertama adalah lawan setara seperti juara 2013, Iraq.
Hari ini Kim Swee mengadakan
latihan seperti biasa tanpa kehadiran Adam dan Thanabalan yang direhatkan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-tidak-letak-bas-1.588801#ixzz53x72LL2y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan