PEMAIN-PEMAIN skuad B-23 negara.
21 Januari 2018 12:00 PM
Harapan baharu
Walaupun gagal mara ke separuh
akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B23), Awang
mengucapkan tahniah atas pencapaian memberangsangkan pasukan Malaysia.
Jika tidak silap Awang, inilah
kali pertama pasukan negara berada pada tahap tertinggi dalam arena
antarabangsa untuk tempoh hampir tiga dekad.
Persembahan skuad B-23 ketika
kalah 1-2 kepada gergasi Asia iaitu
Korea Selatan juga tidak mengecewakan. Sebenarnya Malaysia berpeluang untuk
melakukan kejutan sebagaimana dibuktikan ke atas Arab Saudi namun nasib tidak
menyebelahi.
Ketika Jepun dibelasah Uzbekistan
4-0, Malaysia sekadar tewas tipis. Ia telah memecahkan batas psikologi bahawa Malaysia boleh melonjak walaupun sudah
sekian lama merudum.
Awang berharap pasukan bimbingan
Ong Kim Swee itu dapat dimantapkan lagi untuk mengambil alih sepenuhnya pasukan utama negara, yang perlu dirombak
habis-habisan. Jagalah dan gilaplah lagi kebolehan para pemain B-23.
Walaupun prestasi pada kejohanan
itu membuka harapan baharu namun realitinya perjalanan masih jauh dan usah
dilanda sindrom selesa dan mudah seronok. Untuk benar-benar bangkit, banyak
lagi perlu dilakukan. Selamat maju jaya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/analisis-mingguan-tahniah-kepad-skuad-b-23-guan-eng-panas-1.594219#ixzz5513N2bes
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan