ke suku akhir
Daniel (kanan sekali)
menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus melayakkan pasukan kebangsaan ke
peringkat suku akhir. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Fadhilul Izmel Ishak
16 Januari 2018 9:04 PM
KUNSHAN, China 16 Jan. - Pemain
tengah skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, Danial Amier Norhisham muncul wira
negara apabila membantu Malaysia layak ke peringkat suku akhir Kejuaraan
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 di
Stadium Kunshan, hari ini.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim
turut menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara layak ke suku akhir
apabila Thailand terlebih dahulu tersingkir selepas menghuni tangga tercorot
Kumpulan B, apabila tewas semua perlawanan.
Status Vietnam hanya dapat
diketahui esok apabila mereka bakal bertemu Syria dalam aksi terakhir Kumpulan
D di Stadium Changshu esok. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-ke-suku-akhir-1.591484#ixzz54MBu69kY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan