Selasa, 23 Januari 2018

Analisis Mingguan: Tahniah kepad skuad B-23, Guan Eng Panas

PEMAIN-PEMAIN skuad B-23 negara.
PEMAIN-PEMAIN skuad B-23 negara.
21 Januari 2018 12:00 PM

Harapan baharu
Walaupun gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B23), Awang mengucapkan tahniah atas pencapaian memberangsangkan pasukan Malaysia.

Jika tidak silap Awang, inilah kali pertama pasukan negara berada pada tahap tertinggi dalam arena antarabangsa untuk tempoh hampir tiga dekad.

Persembahan skuad B-23 ketika kalah  1-2 kepada gergasi Asia iaitu Korea Selatan juga tidak mengecewakan. Sebenarnya Malaysia berpeluang untuk melakukan kejutan sebagaimana dibuktikan ke atas Arab Saudi namun nasib tidak menyebelahi.

Ketika Jepun dibelasah Uzbekistan 4-0, Malaysia sekadar tewas tipis. Ia telah memecahkan batas psikologi  bahawa Malaysia boleh melonjak walaupun sudah sekian lama merudum.

Awang berharap pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu dapat dimantapkan lagi untuk mengambil alih sepenuhnya  pasukan utama negara, yang perlu dirombak habis-habisan. Jagalah dan gilaplah lagi kebolehan para pemain B-23.

Walaupun prestasi pada kejohanan itu membuka harapan baharu namun realitinya perjalanan masih jauh dan usah dilanda sindrom selesa dan mudah seronok. Untuk benar-benar bangkit, banyak lagi perlu dilakukan. Selamat maju jaya.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/analisis-mingguan-tahniah-kepad-skuad-b-23-guan-eng-panas-1.594219#ixzz5513N2bes

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 20 Januari 2018

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-2 KOREA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia     1-2 Korea
m-66 Thanabalan
MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
07 NIK AKIF
08 NOR AZAM AZIH
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMONIC TAN
16 DANIEL AMIR
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
21 SYAWAN ANDIK
PEMAIN GANTIAN
12 N THANABALAN
10 HADI FAYADH

14 SYAMEL KUTTY ABBA

TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 1-1 KOREA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia     1-1 Korea
m-66 Thanabalan
MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
07 NIK AKIF
08 NOR AZAM AZIH
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMONIC TAN
16 DANIEL AMIR
18 AKHYAR RASHID
21 SYAWAN ANDIK
PEMAIN GANTIAN
12 N THANABALAN
10 HADI FAYADH


TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 0-1 KOREA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia     0-1 Korea

MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
07 NIK AKIF
08 NOR AZAM AZIH
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMONIC TAN
16 DANIEL AMIR
18 AKHYAR RASHID
21 SYAWAN ANDIK


KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 0-1 KOREA

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 0-1 KOREA
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia     0-1 Korea

MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
07 NIK AKIF
08 NOR AZAM AZIH
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMONIC TAN
16 DANIEL AMIR
18 AKHYAR RASHID
21 SYAWAN ANDIK


MALAYSIA 0-1 KOREA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia     0-1 Korea

MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
07 NIK AKIF
08 NOR AZAM AZIH

09 ADAM NOR AZLIN

Jumaat, 19 Januari 2018

Tiada jalan mudah buat Korea Selatan

Tiada jalan mudah buat Korea Selatan
KUNSHAN, 18 JANUARI 2018 - Sesi latihan Skuad Kebangsaan B23 untuk
KUNSHAN, 18 JANUARI 2018 - Sesi latihan Skuad Kebangsaan B23 untuk menentang pasukan Korea selatan di Padang Latihan Pusat Kunshan, di sini, hari ini.Gambar : Aizzul A.Majid / Pem : Izmel (SUKAN) / Fadzli (SUKAN KOSMO!)
Fadhilul Izmel Ishak

19 Januari 2018 7:50 PM

KUNSHAN, China 19 Jan. - Kapten skuad bawah 23 (B-23) negara, Adam Nor Azlin melaungkan amaran bahawa Malaysia tidak akan memberi laluan mudah kepada Korea Selatan apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Kunshan, esok.

Walaupun Malaysia dianggap pasukan bukan pilihan kerana Korea Selatan turun selaku naib juara 2016, namun tidak mustahil untuk anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menundukkan skuad Taegeuk Warriors kerana mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan meskipun berdepan lawan sukar.


“Kalau kami mengekalkan disiplin dan momentum saya fikir tidak mustahil untuk kami mengatasi lawan. Bagi saya semua pemain perlu sedar bahawa kami datang ke sini bukan sebagai penumpang, malah pemain simpanan dan skuad utama perlu bersedia 200 peratus.

“Kami perlu bersatu untuk menghadapi lawan dan sudah pasti perlawanan ini amat penting untuk kami dan berat tanggungjawabnya. Kami akan bertarung hingga ke wisel penamat pastinya kami tidak boleh hilang fokus sepanjang permainan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

kebanyakan pemain Korea Selatan mempunyai tubuh fizikal yang lebih tinggi berbanding skuad B-23 negara namun Adam berkata mereka boleh mengatasinya dengan perlu menggunakan kebijaksaan terutamanya mencari ruang dan peluang.

“Kalau nak mengelak daripada bertembung dengan lawan memang tidak boleh sebab dalam bola sepak pemain perlu berkongsi gelanggang jadi kami fikirkan bagaimana untuk mengurangkan daripada bertembung dengan pemain lawan.

“Kami perlu menggunakan kelajuan dan bijak mencari ruang dan peluang untuk mengatasi lawan. Kami tidak boleh melawan fizikal mereka begitu sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiada-jalan-mudah-buat-korea-selatan-1.593435#ixzz54ftCr9RP

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ayuh teruskan perjuangan

Saudara Pengarang,

19 Januari 2018 12:00 PM

SETINGGI-TINGGI tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Bawah 23 (B-23) negara yang berjaya melakar satu sejarah apabila melangkah ke peringkat suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 tiga hari lalu sekali gus berada pada kedudukan kedua dalam kumpulan C.

Bagi saya kejayaan tersebut adalah hasil daripada kerja keras sepasukan melibatkan semua pemain serta jurulatih demi menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Perlu diakui bukan mudah untuk menewaskan Arab Saudi lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai naib juara 2013.


Namun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya membuktikan bahawa Malaysia mampu membuat kejutan. Rembatan cantik pemain tengah, Danial Norhisham pada minit ke-28 telah menceritakan segala-galanya iaitu saingan Malaysia dalam kejohanan AFC B-23 di Kunshan, China masih belum tamat. Ayuh tunjukkan taringmu. Hadapilah cabaran Korea Selatan dengan tenang. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

PENYOKONG SETIAKepong
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/ayuh-teruskan-perjuangan-1.592952#ixzz54fkko91e

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ranking Harimau Malaya kini 175



Ranking Harimau Malaya kini 175
19 Januari 2018 12:32 AM
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Ranking Harimau Malaya turun daripada kedudukan 174 kepada 175 dunia seperti yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.
PRESIDEN FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Kedudukan terkini Harimau Malaya itu mendapat reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kejatuhan ranking skuad kebangsaan.


“Kedudukan terkini pasukan kebangsaan turun sekali lagi daripada kedudukan 174 ke 175.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejatuhan kedudukan pasukan kebangsaan ini dan pada setiap kali pasukan kebangsaan kalah atau kedudukan menurun,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan ringkas dalam akaun laman sosial Facebook FAM.

Kedudukan skuad kebangsaan sebelum ini telah dipintas oleh Kuwait yang berada di ranking ke-174 dan berita tersebut diperoleh selepas pencapaian skuad bawah 23 (B-23) tahun yang mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kelmarin.

Perubahan ranking itu juga turut menyaksikan kini Malaysia berada di kedudukan ke-36 Asia dan kelapan Asia Tenggara.

Sementara itu, kedudukan ranking No.1 dunia masih lagi milik Jerman yang telah mengumpul 1602 mata lebih 119 mata daripada pasukan di tempat kedua Brazil manakala Portugal menghuni ranking ketiga. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ranking-harimau-malaya-kini-175-1.593089#ixzz54cxTZQs8

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 16 Januari 2018

Malaysia ke suku akhir

 ke suku akhir
ke suku akhir
Daniel (kanan sekali) menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus melayakkan pasukan kebangsaan ke peringkat suku akhir. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Fadhilul Izmel Ishak

16 Januari 2018 9:04 PM
KUNSHAN, China 16 Jan. - Pemain tengah skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, Danial Amier Norhisham muncul wira negara apabila membantu Malaysia layak ke peringkat suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim turut menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara layak ke suku akhir apabila Thailand terlebih dahulu tersingkir selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan B, apabila tewas semua perlawanan.

Status Vietnam hanya dapat diketahui esok apabila mereka bakal bertemu Syria dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Changshu esok. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-ke-suku-akhir-1.591484#ixzz54MBu69kY

© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-0 ARAB SAUDI

OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0  Arab Saudi
m-29 Danial Amir
MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMINIC TAN
16 DANIEL AMIR
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
19 KOGILESWARAN
21 SYAZWAN ANDIK
PEMAIN GANTIAN
11 JAFRI FIRDAUS
08 NORAZAM AZIH
14 SYAMER KUTTY ABBA
NIK AKIF


TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 1-0 ARAB SAUDI

OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0  Arab Saudi
m-29 Danial Amir
MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMINIC TAN
16 DANIEL AMIR
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
19 KOGILESWARAN
21 SYAZWAN ANDIK
PEMAIN GANTIAN

11 JAFRI FIRDAUS

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 1-0 ARAB SAUDI

OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0  Arab Saudi
m-29 Danial Amir
MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
02 MATTHEW DAVIES
06 SAFAWI RASID
09 ADAM NOR AZLIN
15 DOMINIC TAN
16 DANIEL AMIR
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID

19 KOGILESWARAN

MALAYSIA 1-0 ARAB SAUDI

MALAYSIA 1-0 ARAB SAUDI
OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0  Arab Saudi
m-29 Danial Amir
MALAYSIA
01 HAZIQ NAZLI
06 SAFAWI RASID
09 ADAM NORAZLIN

19 KOGOLISWARAN

Hati-hati Akhyar: Azraai Khor

Selasa, 16 Januari 2018 | 11:22am
 
PEMAIN skuad B-23 negara dan Kedah, Akhyar Rashid (tengah) ketika sesi latihan di Wisma FAM. - Foto Luqman Hakim Zubir
Hati-hati Akhyar: Azraai Khor
Oleh Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Godaan perempuan, wang dan glamor adalah tiga perkara yang perlu ditangani dengan bijak oleh pemain muda negara, Akhyar Abdul Rashid jika mahu terus cemerlang dalam karier bola sepak.

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berkata, kegagalan menangani tiga elemen itu kerap menjadi racun kepada pemain muda negara sehingga akhirnya bakat luar biasa mereka tenggelam begitu saja.

Beliau mengingatkan perkara itu ekoran perhatian diterima Akhyar selepas mempamer prestasi cemerlang bersama skuad negara pada Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) yang sedang berlangsung di China.

Menurut Azraai, segala pujian serta sanjungan yang diberi memang selayaknya diterima Akhyar namun beliau bimbang ia boleh melekakan pemain berusia 18 tahun itu sehingga hilang fokus.

"Tidak dinafikan, Akhyar adalah pemain paling menonjol dalam perlawanan menentang Jordan, Sabtu lalu. Dia memang layak menerima pujian.

"Bagi saya, dengan kualiti yang dimiliki sekarang, dia mempunyai prospek untuk pergi lebih jauh tapi bergantung sejauh mana dia mampu menangani cabaran seterusnya. Ini baru permulaan, perjalanannya masih jauh.

"Selepas ini dia bakal berdepan dengan pelbagai godaan. Peminat, terutama perempuan akan mula 'menghimpit' dirinya, tawaran gaji lumayan pasti menjelma dan kehidupan bertukar glamor.

"Tiga faktor ini sering menjadi pemusnah karier pemain muda kita bila mereka mula leka dibuai keseronokan, kemewahan dan kemasyhuran. Akhirnya bakat mereka hanyut dan tenggelam.

"Oleh itu, nasihat saya kepada Akhyar, berhati-hatilah, jangan mudah gelap mata dan tersalah langkah kerana ia amat merugikan," katanya.

Azraai juga mahu pemain muda Kedah itu memasang impian di luar kotak pemikiran kebanyakan pemain Malaysia yang lebih selesa bermain di negara sendiri.

"Saya harap Akhyar tidak akan jadi katak di bawah tempurung kerana jika kekal bermain dalam liga kita, bakatnya akan terbantut dan tidak sampai ke mana.

"Kalau boleh, saya mahu melihat dia beraksi dalam Liga Jepun atau Korea Selatan satu hari nanti. Namun, dia perlu merancang dengan baik serta mempunyai mental yang kuat. Sudah tentu apabila bermain di luar negara, dia akan berdepan pelbagai cabaran seperti corak latihan, persekitaran, budaya, makanan dan iklim. Tapi, untuk berjaya dia perlu menghadapinya," kata Azraai.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 16 Januari 2018 | 11:22am

Waspada gerakan Arab Saudi: Haziq

Selasa, 16 Januari 2018 | 12:18pm
PENJAGA gol muda negara, Haziq Nadzli (kiri) bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan menjelang aksi menentang Arab Saudi, hari ini.
Waspada gerakan Arab Saudi: Haziq
Daripada Aziman Rosdi di Kunshan danChina
aziman@nstp.com.my

Penjaga gol muda negara, Haziq Nadzli menggesa rakan sepasukan supaya lebih berwaspada dengan gerakan 'set-piece' Arab Saudi apabila mereka membuat perhitungan terakhir Kumpulan C bagi merebut tempat ke suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium Kunshan, China hari ini.

Dia berkata, dengan kelebihan fizikal yang dimiliki, Arab Saudi pasti akan berusaha menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menembusi gawang negara.

"Sekarang kami berdepan misi wajib menang dan di atas kertas, Arab Saudi adalah pasukan besar namun kita tidak boleh terlalu menghormati mereka.

"Bagi saya, ini adalah pertemuan 11 lawan 11, saya akui mereka bahaya terutama dalam situasi bola mati dan hantaran lintang sebab mereka ada ramai pemain yang tinggi.

"Bagaimanapun, sebagai penjaga gol, saya perlu menggunakan kelebihan saya untuk membantu bahagian pertahanan," katanya ketika ditemui hari ini.

Haziq, 20, tidak beraksi ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Iraq dalam aksi pembukaan namun diberi kepercayaan mengambil tempat Ifwat Akmal Chek Kassim ketika menentang Jordan yang berkesudahan seri 1-1.

Dia berharap akan terus diberi peluang oleh pengendali Datuk Ong Kim Swee bagi aksi menentang naib juara 2013, Arab Saudi hari ini dalam misi memburu kemenangan andai mahu meloloskan diri ke pusingan kedua.

"Ketika menentang Jordan, kita kerap diasak pada saat akhir permainan dan saya banyak beri arahan di bahagian pertahanan. Saya perlu membantu pertahanan dan mereka perlu melakukan perkara yang sama," katanya.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 16 Januari 2018 | 12:18pm

Khamis, 11 Januari 2018

Malaysia tidak ‘letak bas’

Masalah kesihatan Adam, Thanabalan resahkan pasukan negara
Pengurus skuad Malaysia, Datuk Yusof Mahadi (dua dari kanan) dan
Pengurus skuad Malaysia, Datuk Yusof Mahadi (dua dari kanan) dan Ong Kim Swee memberi kata-kata semangat kepada pemain negara pada sesi latihan di Padang Latihan Sekolah Tinggi Changshu, China.
Fadhilul Izmel Ishak

12 Januari 2018 3:00 AM

46
CHANGSHU, China 11 Jan. - Walaupun dihimpit kecederaan dua tonggak, Adam Nor Azlin dan N. Thanabalan, selain dibayangi kekalahan 1-4 kepada Iraq, Malaysia sama sekali tidak akan bermain secara bertahan apabila menentang Jordan dalam perlawanan kedua Kejuaraan Bawah 23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sabtu ini.

Keadaan kapten dan pemain tengah, Adam yang demam sebelum pertemuan menentang Iraq belum menunjukkan perkembangan positif manakala pe­nyerang, Thanabalan me­ngalami masalah hamstring.


Kedua-dua pemain diturun­kan dalam kesebelasan utama semalam.

Malaysia akan berdepan Jordan dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Changshu, dan satu lagi kekalahan bakal menunjukkan jalan keluar lebih awal buat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

“Adam demam sebelum perlawanan lagi namun dia tetap mahu beraksi, manakala Thanabalan kemungkinan besar tidak dapat diturunkan menentang Jordan.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana saya perlu meneliti laporan doktor,” kata Kim Swee kepada pemberita.

Masalah terbaharu yang dialami Kim Swee bagaimanapun tidak akan menukar fikiran pe­ngendali kelahiran Melaka itu untuk turun dengan corak agresif, sama seperti ketika menentang Iraq.

Cuma kata Kim Swee, pasukannya perlu mengurangkan kesilapan yang mampu menghukum diri.

Tegasnya, Malaysia sebenarnya mampu memberi sai­ngan, namun kegagalan mengutip kemenangan ketika berdepan Iraq berpunca daripada kesilapan sendiri yang terlalu mudah membuka ruang kepada lawan.

“Saya boleh datang ke sini dengan corak taktikal bertahan untuk setiap perlawanan tetapi apa yang kita boleh pelajari selain bertahan? Kita tidak boleh belajar corak permainan yang kita inginkan.

“Bagaimanapun, saya fikir untuk pendedahan yang lebih baik kita perlu bermula dengan corak permainan sendiri.

“Ia terbukti berkesan (ketika menentang Iraq), cuma kita hilang kawalan dan itu menjadi punca kekalahan,” katanya kepada pemberita di Padang Latihan Sekolah Tinggi Changshu hari ini.

Kim Swee berkata, anak-anak buahnya perlu kembali fokus kerana mengakui Jordan dan Arab Saudi yang terikat 2-2 dalam aksi pertama adalah lawan setara seperti juara 2013, Iraq.

Hari ini Kim Swee mengadakan latihan seperti biasa tanpa kehadiran Adam dan Thanabalan yang direhatkan.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-tidak-letak-bas-1.588801#ixzz53x72LL2y

© Utusan Melayu (M) Bhd

Iraq tetap hormat Malaysia

 KIM SWEE bersalaman dengan Abdul Ghani Shahad sambil diperhatikan oleh jurulatih Jordan, Iain Richar
ONG KIM SWEE bersalaman dengan Abdul Ghani Shahad sambil diperhatikan oleh jurulatih Jordan, Iain Richard Brunskill (tengah) dalam sidang akhbar di Changshu, China semalam. – UTUSAN
10 Januari 2018 3:00 AM

CHANGSHU, China 9 Jan. - Walaupun kehilangan dua pemain penting namun jurulatih Iraq, Abdul Ghani Shahad kekal tenang untuk menghadapi Malaysia dalam perlawanan sulung Kejohanan Bawah 23 AFC di sini.
Video oleh FADHILUL IZMEL ISHAK
Kedua-dua pasukan itu akan memulakan aksi pertama Kumpulan C di Stadium Changshu esok dan Abdul Ghani memberitahu ketiadaan penyerang utamanya Aymen Hussein dan Ahmad Mohsin Jaber tidak mengganggu misi mereka untuk membawa pulang trofi kejohanan.

“Semua pemain tiada masalah untuk menghadapi kejohanan ini dan walaupun ada dua pemain saya tidak dapat diturunkan esok namun itu bukan masalah sebab saya mendaftarkan 23 pemain untuk kejohanan ini.

“Saya tidak melakukan ba­nyak pertukaran pemain bagi mengambil bahagian dalam pusingan akhir kejohanan ini dan boleh dikatakan skuad saya hampir sama dengan yang bermain dalam kelayakan pada tahun lalu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Changshu hari ini.

Dua tonggak Iraq iaitu Aymen dan Ahmad Mohsin tidak dapat diturunkan untuk perlawanan esok kerana digantung perlawanan.

Ayman yang merupakan penjaring terbanyak dalam pusi­ngan kelayakan dengan enam gol tidak dapat beraksi dua perlawanan pertama peringkat kumpulan ke­rana mengutip kad merah manakala Ahmad Mohsin digantung satu permainan setelah mengumpul dua kad kuning.

Dalam pada itu, Abdul Ghani turut berharap agar anak-anak buahnya dapat mengulangi kejayaan mereka lima tahun lalu apabila berjaya membawa pulang trofi kejohanan edisi pertama.

“Sebelum ini kami muncul juara dan untuk edisi kali ini situasi adalah berbeza namun itu tidak akan menjadi penghalang kepada kami daripada menghiburkan semua peminat Iraq di tanah air,” katanya. – UTUSAN

“Semua pasukan mempunyai peluang sama rata dalam kejohanan ini. Kami mahu memberi tumpuan dalam aksi pertama dan saya menjangkakan Malaysia adalah pasukan yang bagus sebab mereka turut layak ke pusingan akhir kejohanan ini,” katanya. – UTUSAN



SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-iraq-tetap-hormat-malaysia-1.587398#ixzz53rzd5CvD

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 6 Januari 2018

'Usah cepat rasa bangga'

 
AKHYAR (kanan) perlu lebih bekerja keras untuk meningkatkan prestasi.
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my

PEMILIHAN empat pemain bawah 19 tahun (B-19) untuk menyertai senarai akhir skuad B-23 ke Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di China tidak bermakna mereka bola mendabik dada atau cepat berasa puas hati.

Empat pemain berkenaan adalah Hadi Fayyadh Abdul Razak, Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Shivan Pillay Asokan.

Pengendali B-19, Bojan Hodak berkata pemilihan itu tidak bermakna mereka sudah mencapai kemuncak dalam karier masing-masing.

“Saya gembira apabila mereka terpilih dalam senarai akhir 23 pemain. Pemilihan itu menunjukkan prestasi mereka semakin meningkat.

“Bagaimanapun, mereka tidak boleh berasa gembira dengan pemilihan itu sebaliknya perlu terus bekerja keras,” katanya.

Skuad B-23 bakal menentang skuad B-23 Syria pada 5 Januari ini dalam aksi persahabatan terakhir sebelum membuka tirai sebenar menentang Iraq pada 10 Januari diikuti Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).

Namun secara positif, pemilihan empat pemain berkenaan boleh menjadi perkembangan baik buat skuad B-19 yang turut bersaing di pentas Asia pada Kejuaraan B-19 AFC di Indonesia dari 18 Oktober hingga 4 November ini.

Begitupun, Bojan mengingatkan pemainnya supaya mengekalkan motivasi diri untuk berada pada tahap tertinggi dan cuba memasang cita-cita untuk terus maju pada masa akan datang.

“Mereka perlu terus berusaha dan cuba menempatkan diri dalam skuad kebangsaan,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 6:18 PM


TMJ letak jawatan?

 
PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Foto NSTP
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bakal berdepan cabaran apabila presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bersedia melepaskan jawatan selaku orang nombor satu badan induk itu.

Menerusi satu video yang dipaparkan di laman JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui keputusan itu diambil memandangkan beliau tidak akan berada begitu lama dalam kepemimpinan persatuan itu.

“Saya ialah presiden yang akan cuba mencari duit untuk pasukan supaya dapat bertanding tanpa bebanan, betulkan struktur dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.

“Selepas itu saya mengharapkan ada satu presiden baharu, Superman jadi Presiden FAM kerana saya tidak lama (sebagai presiden).

“Saya akan lepaskan jawatan sebagai Presiden FAM mungkin pada 2018 atau 2019. Ia bergantung tetapi lebih cepat lebih baik,” katanya menerusi satu klip video, hari ini.

Hasrat Tunku Ismail itu dilontarkan dalam keratan klip video terbabit yang menyentuh mengenai azam Tunku Ismail sebagai Presiden FAM bermula daripada minit 3:49 sehingga minit 4:17.

Tunku Ismail menerajui badan induk bola sepak negara itu apabila dilantik selaku Presiden FAM bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan FAM, 25 Mac lalu selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), menarik diri.

Sekiranya Tunku Ismail serius untuk melepaskan jawatannya, sudah pasti ini memberi tamparan yang begitu besar kepada FAM serta bola sepak negara memandangkan ketika ini, tiada lagi calon yang dilihat layak untuk menggantikan tempat beliau.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 5:00 PM