SUKAN»Bola
Khamis, 10 September 2020 | 10:46pm
ALLAHYARHAM Datuk Mokhtar Dahari.
Super Mokh sehebat Ali Daie, Ronaldo
KUALA LUMPUR: Kejayaan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo yang berjaya memecahkan rekod 100 gol bagi perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal jelas mendapat perhatian banyak pihak.
Namun legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya turut memiliki rekod yang tidak kurang hebatnya.
Menurut laman Wikipedia dan statistik yang tersebar di media sosial ketika ini, Mokhtar dikatakan mengumpul 86 gol daripada 131 penampilan bersama skuad kebangsaan.Namun, berdasarkan laporan Vocketfc.com yang memetik beberapa sumber statistik, Mokhtar dilaporkan menjaringkan 85 gol buat Malaysia sepanjang kariernya.
Jumlah itu menyaksikan Mokhtar berada di kedudukan ketiga dalam senarai penjaring gol antarabangsa sepanjang zaman.Jumlah itu juga menyaksikan Mokhtar atau Super Mokh mempunyai 16 perbezaan gol dengan apa yang dicapai oleh Ronaldo dan 24 gol dengan pendahulu carta, Ali Daei dari Iran.
Sementara bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi merekodkan 70 gol pada peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan.Melalui satu kemas kini yang dibuat oleh akaun Twitter HarimauMYStats, jaringan sebenar yang diledak Mokhtar adalah 85 gol."Sebenarnya 85 (gol). Kami membuat kajian mengenai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Malaysia beberapa bulan lalu," kata laman itu.SUMBER-SUKAN BH ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan