Jumaat, 11 September 2020

AFC B-19 tunda tahun depan

MyMetroArena

Ketua jurulatih, Brad Maloney memerhatikan sebahagian pemain skuad bola sepak kebangsaan B-19 menjalani latihan. FOTO File NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

KALENDAR bola sepak tahun ini boleh dikatakan suram apabila Kejuaraan Konfederasi Asia (AFC) Bawah 19 tahun (B-19) ditunda selepas mesyuarat barisan tertinggi badan induk bola sepak Asia sebentar tadi.Menurut Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira pandangan ahli gabungan yang kebanyakannya mahu membatalkan kejohanan berkenaan atas faktor keselamatan.

"Kebanyakan ahli gabungan dikatakan agak 'berat' untuk menghantar pasukan malah ada antaranya kemungkinan menarik diri daripada menyertai kejohanan itu."Kejuaraan berkenaan akan ditunda pada tahun depan dengan tarikh akan ditentukan selepas mengadakan perbincangan nanti," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, Windsor berkata saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ditunda ke November manakala kejohanan Piala AFC dibatalkan berdasarkan kepada persetujuan semua pihak.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan kemungkinan kejohanan itu ditunda atas faktor keselamatan.

Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) AFC tidak menolak situasi sama turut berlaku pada tahun depan dengan banyak penganjuran perlawanan bola sepak tidak dapat dilaksanakan berikutan ketika ini pandemik Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan tanda penurunan.Untuk rekod skuad Harimau Malaya terpaksa 'menyimpan kuku' untuk tahun ini apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) membatalkan aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023 yang dijadualkan hujung tahun ini.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 7:54 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan