MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe jelas terpikat dengan aksi bertenaga bintang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman dan berhasrat untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan selepas ini.
Ramadhan yang mencetak dua gol ketika membantu JDT membenam Selangor 6-1 dalam aksi Liga Super Sabtu lalu berjaya mempamerkan permainan menakjubkan termasuk menjaringkan gol lencong yang cukup berkualiti.
Katanya, pemain sayap berusia 20 tahun itu mempunyai ciri-ciri menyerang yang diinginkan dan susah tentu jika dia mampu mengekalkan konsistensinya akan memiliki masa depan yang cerah.
"Semua pemain yang menunjukkan prestasi yang bagus dalam liga kita akan bagi peluang menyertai kem latihan pasukan negara dan dari situ kita akan nilaikan semula. Kemungkinan besar akan ada ramai muka baharu.
"Memang saya nampak dia (Ramadhan) memiliki potensi besar untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.
"Selalunya saya pilih pemain bukan melihat kepada umur tetapi prestasi semasa dan itu kriteria utama.
"Ramadhan walaupun dalam usia muda dan kurang pengalaman yang banyak tetapi dia menunjukkan karakter sebagai pemain menyerang yang berani untuk menggelecek dan pada masa sama mempunyai penyudah yang baik. Itu ciri-ciri pemain menyerang," katanya.
Selain lincah di tepi padang, Ramadhan juga memilik sentuhan penyudah yang tajam apabila dia sudah meledak empat gol dalam empat penampilannya buat skuad Harimau Selatan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 8:32 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan