Rabu, 30 September 2020

Tarikh baharu Piala AFF


September 25, 2020 @ 6:14pm



AFF harap Piala AFF berlangsung dalam format penuh.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) mengumumkan Piala AFF 2020 akan diadakan pada 11 April hingga 8 Mei tahun depan.

Kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada November hingga Disember tahun ini terpaksa ditunda susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

"Kami gembira dengan sokongan positif daripada ahli gabungan untuk kami mendapatkan jendela yang sesuai tahun depan bagi melangsungkan kejohanan yang paling dinantikan," kata Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam kenyataan, hari ini.

"Walaupun kita sedia maklum bahawa perjuangan melawan wabak global belum berakhir, kita optimis Piala AFF 2020 akan berlangsung dalam format penuh dan kami berharap dapat memberikan yang terbaik dari kejohanan tahun depan.

"AFF juga berharap pengumuman tarikh bagi kejohanan 2021 akan memberikan beberapa kecerahan mengenai perancangan buat rakan penganjur termasuk penaja dan media penyiaran, ketika masa yang tidak menentu.

"AFF dan ahli gabungan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat, pemain, jurulatih, pegawai, media dan rakan kongsi kami atas sokongan serta komitmen mereka sepanjang tempoh yang mencabar ini," tambah kenyataan itu.

Keputusan terbaru itu dibuat bagi memastikan kejohanan itu diteruskan dengan format penuh - dimainkan di tempat sendiri dan di gelanggang lawan - dengan prosedur berkaitan COVID-19.SUMBER-BH ONLINE


Tindakan Selangor berunding dengan Sumareh tak salah

Oleh Zulfaizan Mansor - September 24, 2020 @ 12:29pm

zulfaizan@bh.com.my



MOHAMADOU Sumareh.

KUALA LUMPUR: Tindakan Selangor berunding dengan Mohamadou Sumareh dianggap tidak menjadi kesalahan sekiranya pemain itu benar-benar sudah menamatkan kontrak bersama Pahang.

Ketua Pegawai Operasi Exeliq Sports Management Sdn Bhd, Faidauz Azhar berkata, bukan sahaja Selangor, malah mana-mana pasukan juga boleh berunding dengan Sumareh jika dia sudah sah berstatus ejen bebas.

Beliau turut menjelaskan mana-mana pasukan juga sebenarnya tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika mahu berunding dengan pemain yang mereka mahu ambil.

"Paling penting pembatalan kontrak Sumareh itu perlu kukuh (sah) dan mendapat pengesahan dari FAM dan bila kata kontrak dibatalkan, pemain boleh berunding dengan mana-mana pasukan tanpa halangan. Cuma pasukan baru tidak boleh mendaftarkan pemain itu kerana liga masih berlangsung serta bukan dalam jendela perpindahan pemain.

"Bila (Sumareh) sudah hantar surat (pembatalan kontrak), dia tak perlu pergi latihan. Maksudnya klausa 8.7 sudah diaktifkan, kecuali jika dia ubah fikiran dan tarik balik surat pembatalan kontrak.

"Sekiranya seseorang pemain sudah sah menjadi ejen bebas, jadi pasukan yang ingin mendapatkannya juga tidak perlu berunding dengan pasukan lama pemain itu," kata Faidauz yang juga ejen pemain yang berdaftar dengan FAM, semalam.

Berdasarkan kenyataan FAM, pada 4 Ogos lalu, Sumareh menghantar surat pembatalan kontraknya kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengikut Klausa 8.7 yang menyatakan pemain boleh membatalkan kontrak jika pasukannya tidak membayar gaji lebih dari satu kali.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon juga dilaporkan berkata pihaknya tidak melakukan tindakan 'tapping up' atau rundingan pintu belakang dalam usaha mendapatkan Sumareh.

Kontroversi antara Selangor dan Sumareh muncul selepas pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan perbincangan antara FAS dan pemain Harimau Malaya itu.

Pendedahan itu sekali gus membawa Selangor dalam episod 'cerita kontroversi Sumareh' selepas sebelum ini JDT dikaitkan sebagai pasukan yang akan disertai pemain Gambia itu. -SUKAN BH ONLINE SUMBER

Selasa, 29 September 2020

Usah perlekeh semboyan negara

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Panggilan skuad kebangsaan perlu dihormati oleh semua pihak apatah lagi ia membabitkan imej negara.

Jelas bekas pemain Harimau Malaya, Datuk Jamal Nasir, tidak timbul isu halangan daripada pasukan Liga Malaysia (Liga M) sekiranya agenda nasional diletakkan sebagai keutamaan.

Mengakui setiap pasukan Liga M adalah majikan yang membayar gaji pemain dan berhak ke atas mereka, namun semua pasukan juga perlu memahami bahawa mereka adalah ahli gabungan di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Justeru, beliau berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memastikan kehadiran skuad Harimau Malaya di Piala AFF pada April nanti bukan sekadar pasukan tempelan.

"Tak ada isu pun kalau semua pasukan meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

"Kalau Liga M berjalan dan dalam masa sama skuad negara ada tugasan, kelab-kelab boleh gunakan pemain yang jarang beraksi untuk menggalas cabaran dalam liga domestik.

"Lepaskanlah pemain utama ke kem negara kerana panggilan pasukan kebangsaan adalah satu pengiktirafan buat pemain negara. Tak kisah apa-apa kejohanan kita kena bagi kerjasama," katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, Arena Metro melaporkan pengendali negara, Tan Cheng Hoe kini dalam dilema dan serba salah seperti peribahasa 'Ditelan mati emak, diluah mati bapa'.

Ia ekoran saingan Piala AFF tahun depan yang akan berlangsung pada April di mana kejohanan serantau itu tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sekali gus memungkinkan kesukaran untuk mengumpulkan skuad terbaik kelak.

Cheng Hoe yang dihubungi kelmarin, mengakui beliau terpaksa memikirkan dan mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan yang mungkin memberi kesan kepada kekuatan skuad Harimau Malaya di Piala AFF nanti.

Katanya, satu siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan diadakan bagi mencari penyelesaian buat memuaskan hati semua pihak.SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 6:00 AM 

'Kita kena buat pelan terbaik...'

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ditelan mati emak, diluah mati bapa!

Demikian perumpamaan yang mungkin bakal dihadapi oleh barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada April depan berikutan kejohanan serantau itu tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Lantas, senario itu pasti menduga pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam menghimpunkan barisan terbaiknya ketika komitmen pemain bersama pasukan Liga Malaysia (Liga M) turut dituntut oleh majikan masing-masing.

Cheng Hoe yang dihubungi Arena Metro mengakui terpaksa memikirkan dan mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan yang mungkin memberi kesan kepada kekuatan skuad Harimau Malaya di Piala AFF kelak.

Katanya, satu siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan diadakan bagi mencari penyelesaian memuaskan hati semua pihak.

"Semua itu saya belum fikir (persiapan pasukan tahun depan) lagi, kerana kita kena buat pelan terbaik kerana saya pun sentiasa kena hormat jadual pasukan yang bertanding dalam Liga M.

"Kita tahu pengurusan dan jurulatih (peringkat kelab) perlukan pemain utama dalam kesebelasan utama mereka dan itulah sebab saya belum putuskan lagi, dan belum berbincang lagi dengan FAM untuk cari formula terbaik.

"Tetapi pada masa sama juga pasukan kebangsaan perlu bermain (Piala AFF). Kita perlu cari satu alternatif (keputusan) menang-menang, kita tak mahu kelab kehilangan pemain kebangsaan dan kita pula nak pasukan kebangsaan bermain dalam satu tahap terbaik," katanya ketika dihubungi semalam.

Isu keengganan pasukan melepaskan pemain ke kem latihan skuad kebangsaan pernah beberapa kali berlaku terutama apabila membabitkan saingan yang tidak berada dalam kalender Fifa.

Akibatnya, skuad negara terpaksa mengambil risiko dengan membawa 'pemain kumpulan kedua' atau pemain muda untuk menggalas tugas hingga akhirnya membawa kesan negatif kepada persembahan pasukan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tetap tenang dan percaya ada jalan keluar bagi menghadapi Piala AFF, sekali gus memastikan cabaran Malaysia selaku naib juara edisi lalu tetap menyengat.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 6:00 AM

Isnin, 28 September 2020

Skuad tempang ke Piala AFF?

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ditelan mati emak, diluah mati bapa! Demikian perumpamaan yang mungkin bakal dihadapi barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada April nanti ekoran kejohanan serantau itu yang tidak berada dalam kalender Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Lantas, senario itu pasti menduga pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam menghimpunkan barisan terbaiknya ketika komitmen pemain bersama pasukan Liga Malaysia (Liga M) juga turut dituntut majikan masing-masing.

Cheng Hoe yang dihubungi Arena Metro mengakui beliau terpaksa memikirkan dan mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan yang mungkin memberi kesan kepada kekuatan skuad Harimau Malaya di Piala AFF nanti.

Katanya, satu siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan diadakan bagi mencari penyelesaian buat memuaskan hati semua pihak.

"Semua itu saya belum fikir (persiapan pasukan tahun depan) lagi, kerana kita kena buat pelan yang terbaik kerana saya pun sentiasa kena hormat jadual pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

"Kita tahu pengurusan dan jurulatih (peringkat kelab) perlukan pemain utama dalam kesebelasan utama mereka dan itulah sebab saya belum putuskan lagi, dan belum berbincang lagi dengan FAM untuk cari formula yang terbaik.

"Tetapi dalam pada masa sama juga pasukan kebangsaan perlu bermain (Piala AFF). Kita perlu cari satu alternatif (keputusan) menang-menang di mana tak mahu kelab kehilangan pemain kebangsaan dan dalam masa sama kita nak pasukan kebangsaan bermain dalam satu tahap terbaik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isu keengganan pasukan melepaskan pemain ke kem latihan skuad kebangsaan bukanlah isu baharu sebaliknya ia sudah beberapa kali berlaku terutama apabila membabitkan saingan yang tidak berada dalam kalender Fifa.

Akibatnya, skuad negara terpaksa mengambil risiko dengan membawa 'pemain kumpulan kedua' atau pemain muda untuk menggalas tugas hingga akhirnya membawa kesan negatif kepada persembahan pasukan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tetap tenang dan percaya akan adanya jalan keluar bagi menghadapi Piala AFF, sekaligus memastikan cabaran Malaysia selaku naib juara edisi lalu tetap menyengat.

Untuk rekod, pada edisi 2018 lalu, skuad Harimau Malaya hampir mengulangi pencapaian pasukan 2010 yang menjuarainya buat pertama kali apabila tewas 3-2 secara agregat kepada Vietnam dalam aksi final itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 11:14 PM

Khamis, 24 September 2020

Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur

 MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Tiga pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu PDRM FC, UiTM FC dan UKM FC berdepan kemungkinan disingkirkan ke saingan Liga Amatur musim depan seandainya gagal menyelesaikan proses penswastaan pada 30 September ini.

Dengan berbaki tujuh hari saja lagi, ketiga-tiga pasukan berkenaan disahkan masih di peringkat awal proses penswastaan dan tiada lanjutan tempoh akan diberikan kepada mereka.Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan surat peringatan terakhir sudah pun dihantar kepada pasukan-pasukan ini, semalam.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan berkenaan tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) jika layak, serta juga pertandingan domestik iaitu Liga Super dan Liga Perdana musim 2021.

"Ingin ditekankan di sini bawah tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 September tidak boleh dianjakkan lagi dan ia perlu diberi perhatian serta tindakan segera daripada pengurusan dan pegawai pasukan-pasukan ini bagi melengkapkan juga proses penswastaan FC ini.

"Dengan ini, FAM sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada mana-mana pasukan yang memerlukan supaya pada akhirnya, kita mahu melihat kesemua pasukan ini dapat melengkapkan juga penswastaan FC ini sebelum tarikh akhir," katanya.

Sementara itu, 12 pasukan sudah pun berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC.

Pasukan terbabit adalah Johor Darul Ta'zim, Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC, Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Melaka, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

Sementara Selangor, Kelantan dan Felda United FC ketika ini sudah dalam peringkat akhir proses manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kedah pula dalam peringkat pertengahan proses.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 10:05 PM

Status tiga pasukan dalam risiko



Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

23 September 2020, 10:17 pm

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menggesa agar tiga persatuan bola sepak (FA) mengambil serius untuk menghantar permohonan penswastaan kelab (FC) yang akan tamat pada 30 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd. Firdaus Mohamed mengesahkan 12 pasukan sudah berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan daripada persatuan bola sepak (FA) ke FC.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak United, Petaling Jaya City (PJ City), Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan Uni­ted, Melaka United, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

Tahniah diucapkan kepada 12 pasukan ini atas kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh pengurusan tertinggi serta para pegawai mereka untuk berjaya menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dalam melengkapkan proses penswastaan FC ini.

Sementara itu, enam pasukan lain masih dalam proses untuk melengkapkan penswastaan FC ini iaitu Selangor, Kelantan dan Felda United FC yang sudah dalam peringkat akhir proses selain Pahang, Pulau Pinang dan Kedah yang berada dalam pe­ringkat pertengahan.

Bagaimanapun, tiga lagi pa­sukan iaitu PDRM, UiTM FC dan UKM FC pula berada dalam pe­ringkat awal proses penswastaan FC dan surat peringatan terakhir telah dihantar kepada pasukan-pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Firdaus turut menjelaskan hukuman berat akan menanti pasukan-pasukan yang gagal selain potensi mereka tidak akan diterima untuk me­nyertai kejuaraan peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain pertandingan domestik Liga Malaysia musim depan.

Ingin ditekankan bahawa tarikh akhir yang ditetapkan pada 30 September 2020 tidak boleh dianjakkan lagi dan semua pihak pengurusan pasukan yang terbabit perlu memberi perhatian serius.

FAM sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada mana-mana pasukan yang memerlukan.

Kita mahu melihat kesemua pasukan ini dapat melengkapkan juga penswastaan FC ini sebelum tarikh akhir tersebut,” katanya.SUMBER-KOSMO ONLINE

Rabu, 23 September 2020

FAS hanya ingin tahu status Sumareh

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Tiada istilah lampu hijau atau beri kebenaran kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk memulakan rundingan dengan tonggak naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh untuk menyunting pemain terbabit bersama pasukan berkenaan.

Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya memberitahu status semasa pemain berkenaan berdasarkan maklumat yang diperoleh saja sekali gus tiada kaitan dalam perbincangan antara kedua-dua pihak terbabit.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya untuk bertanyakan status pemain naturalisasi negara itu.

"Benar Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Pahang FA.

"Saya memberi keterangan kepadanya berdasarkan status kes, yang mana mengikut pemahaman ketika itu Sumareh sudah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunakan klausa yang tertentu yang terkandung di dalam kontraknya," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. FOTO File NST

Stuart menjelaskan, hal ini kerana FAM ialah badan induk sukan bola sepak yang tidak mempunyai hak memberi sebarang kebenaran yang dimaksudkan.

"Sumareh bukan dimiliki FAM yang mana segala maklumat peribadi, terperinci atau kebenaran hanya membabitkan pemain itu sendiri dan pasukannya," katanya.

Sebelum ini, Johan memaklumkan pihaknya sudah diberi 'lampu hijau' oleh FAM untuk memulakan rundingan bersama Sumareh.

Berdasarkan laporan terbabit, Johan mempertahankan FAS dengan mengatakan pihaknya tidak melanggar sebarang peraturan.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 9:55 PM

Selasa, 22 September 2020

Aksi Ramadhan tarik perhatian Cheng Hoe

MyMetroArena





Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe jelas terpikat dengan aksi bertenaga bintang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman dan berhasrat untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan selepas ini.

Ramadhan yang mencetak dua gol ketika membantu JDT membenam Selangor 6-1 dalam aksi Liga Super Sabtu lalu berjaya mempamerkan permainan menakjubkan termasuk menjaringkan gol lencong yang cukup berkualiti.

Katanya, pemain sayap berusia 20 tahun itu mempunyai ciri-ciri menyerang yang diinginkan dan susah tentu jika dia mampu mengekalkan konsistensinya akan memiliki masa depan yang cerah.

"Semua pemain yang menunjukkan prestasi yang bagus dalam liga kita akan bagi peluang menyertai kem latihan pasukan negara dan dari situ kita akan nilaikan semula. Kemungkinan besar akan ada ramai muka baharu.

"Memang saya nampak dia (Ramadhan) memiliki potensi besar untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

"Selalunya saya pilih pemain bukan melihat kepada umur tetapi prestasi semasa dan itu kriteria utama.

"Ramadhan walaupun dalam usia muda dan kurang pengalaman yang banyak tetapi dia menunjukkan karakter sebagai pemain menyerang yang berani untuk menggelecek dan pada masa sama mempunyai penyudah yang baik. Itu ciri-ciri pemain menyerang," katanya.

Selain lincah di tepi padang, Ramadhan juga memilik sentuhan penyudah yang tajam apabila dia sudah meledak empat gol dalam empat penampilannya buat skuad Harimau Selatan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 8:32 PM

Ahad, 20 September 2020

Ramadhan dalam radar Cheng Hoe

ZURAIMEE ZAINAL | | 21 September 2020




Gaya Ramadhan Saifullah ketika meraikan jaringannya pada CIMB Liga Super 2020 JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.
PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kelibat tonggak muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman berada dalam radarnya untuk memperkuatkan cabaran skuad negara selepas pemain Harimau Selatan itu tampil mencipta impak positif dalam saingan CIMB Liga Super, lapor ZURAIMEE ZAINAL.
Menurut bekas pengendali Kedah berusia 52 tahun itu, skuad negara sememangnya memerlukan lebih ramai pemain yang memiliki karakter seperti Ramadhan Saifullah dalam membawa cabaran negara.
“Ramadhan Saifullah memiliki prospek besar untuk lebih menyerlah dalam arena bola sepak negara pada masa depan. Apa yang saya lihat dia tidak hanya memiliki sentuhan penyudah yang tajam tetapi juga kepantasan semasa beraksi di padang.
“Satu lagi dia memiliki keyakinan yang tinggi dalam diri untuk mengatasi lawan di padang walaupun usianya masih dalam lingkungan 20-an,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Kelmarin pada aksi CIMB Liga Super menentang Selangor, Ramadhan Saifullah meledak dua gol pada babak kedua ketika membantu juara bertahan itu mengatasi Selangor 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Pada masa sama Cheng Hoe berharap Ramadhan Saifullah meneruskan rentak konsisten bersama Harimau Selatan sekali gus dapat menyaingi penyerang import yang mewarnai slot jaringan Liga Malaysia (Liga-M).
“Saya juga berharap akan ada lebih ramai lagi pemain berkarakter seperti Ramadhan Saifullah yang sekali gus akan memberi lebih pilihan kepada jurulatih merekrut mereka dalam skuad kebangsaan,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101948/BERITA/Sukan/Ramadhan-dalam-radar-Cheng-Hoe
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

SENARAI PELATIH KEBANGSAAN PIALA DUNHILL 1998

 SENARAI PELATIH KEBANGSAAN PIALA DUNHILL 1998

Penjaga gol: Azmin Azram Abdul Aziz, Zuraimi Hassan, Abdul Hadi Tahir.


Pertahanan: Khairul Anuar Baharom, A. Ganeson, Shamsul Amri Abu Bakar, Syamsol Mohd. Saad, Mohd. Nor Derus, Moey Kok Hong, Mohd. Nazri Yunos.


Tengah: Anuar Jusoh, Faizal Zainal, B. Rajinikandh, Idris Karim, Ahmad Shahrudin Rosdi, Ahmad Shahrul Azhar, Nazzab Hidzan, K. Sanbagamaran.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4PoU6JRbU

© Utusan Melayu (M) Bhd

BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG MENGALAHKAN SINGAPURA 3-1 PADA 26.11.14

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO

NAMA PEMAIN

KAPS

GOL

01

FARIZAL MARLIAS

26

0

22

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

0

02

AFIF AMIRUDDIN

04

0

04

MAHALI JASULI

41

02

21

MUHAMMAD ZUBIR AZMI

18

0

27

FADHLI SHAS

36

0

12

SHUKOR ADAN

51

03

15

GARY STEVEN ROBBAT

09

0

16

S.KUNALAN

54

0

19

AZAMUDDIN AKIL

27

4

09

NORSAHRUL IDLAN TALAHA

47

05

17

MOHD AMRI YAHYA

36

8

08

SAFIQ RAHIM

54

10

23

BADROL BAKHTIAR

32

3

13

INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

48

16

03

HAFIZ KAMAL

07

0

10

SAFEE SALI

63

22

11

AZMI MUSLIM

21

0

14

MANAF MAMAT

08

02

18

BADHRI RADZI

06

0

24

MUSLIM AHMAD

24

0

28

MOHD KHAIRULAZHAN KHALID

01

0


Sabtu, 19 September 2020

FAM tunggu keputusan FIFA| | 17 September 2020



Sumareh (tengah) membuat keputusan mengejut meninggalkan Pahang untuk menyertai kelab Thailand, Police Tero FC.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menanti keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FFA) sebelum mengambil langkah seterusnya dalam menyelesaikan kemelut antara Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Mohamadou Sumareh.Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, sebarang tindakan mahupun hukuman di peringkat domestik hanya akan dibuat selepas FIFA mengeluarkan keputusan berhubung laporan Sumareh terhadap PBNP sebelum ini.
Seperti kes melibatkan perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2018, Stuart menegaskan, badan induk bola sepak negara itu tidak mengambil pendekatan berdiam diri dalam isu tersebut.
"FAM dalam kedudukan bersedia menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan FIFA sama ada mereka mendengar laporan Sumareh itu ataupun tidak, atau mereka tolak semula laporan itu kepada FAM. Kalau kes itu sudah dalam proses FIFA kita hanya boleh tunggu sampai ia berakhir."Soal FIFA nak ambil atau tidak kes itu bergantung sebab kebiasaannya hanya pemain asing boleh bawa kes ke FIFA dan bila melibatkan pemain tempatan prosesnya dalam negara. Dalam konteks Sumareh, beliau didaftarkan sebagai pemain tempatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sumareh, 25, sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia yang membolehkan dia menyarung jersi skuad Harimau Malaya melalui proses naturalisasi pada 2018.
Mengulas lanjut, Stuart bagaimanapun tidak menolak kemungkinan FIFA akan tetap melihat laporan berkaitan masalah tunggakan gaji yang dibuat pemain kelahiran Gambia itu terhadap bekas majikannya, PBNP.
"FAM mesti tunggu sehingga FIFA habiskan proses itu baru FAM boleh ambil alih, itu pun kalau dapat kebenaran mereka. Kalau tidak, mungkin FIFA klasifikasikan ia sebagai kes istimewa yang mereka ingin juga dengar," jelasnya.
Stuart berkata, setakat ini, FAM tidak dimaklumkan mengenai bila keputusan sama ada FIFA menerima atau menolak pendengaran kes itu, akan dikeluarkan.
Sumareh melengkapkan perpindahan mengejut ke kelab Liga Thailand, Police Tero FC pada 7 September lalu, dalam tempoh dua minggu selepas jurulatih Pahang Dollah Salleh mendedahkan Sumareh tidak menjalani sesi latihan berpasukan selama sebulan, sejak awal Ogos lepas.
Sumareh yang mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022, turut tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super melibatkan skuad Tok Gajah sebaik saingan Liga Malaysia bersambung pada 28 Ogos. - Bernama
SUMBERArtikel Penuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/101510/BERITA/Sukan/FAM-tunggu-keputusan-FIFA© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jumaat, 18 September 2020

Beri peluang anak tempatan galas tanggungjawab

 



Mohd Amin Jalil

am@hmetro.com.my

KETUA jurulatih pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, Sulaiman Hussin menyifatkan Datuk Ong Kim Swee sebagai individu paling layak mengisi jawatan pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, selain berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan, beliau yang kini menjawat jawatan Ketua Unit Pembangunan Belia FAM, juga mempunyai karektor dan gaya kepemimpinan.

"Secara peribadi, saya menyifatkan Kim Swee adalah calon paling layak menjawat jawatan pengarah teknikal FAM.

"Menerusi pengalaman luas beliau dalam bidang kejurulatihan dan arena bola sepak tempatan, saya yakin dan percaya Kim Swee mampu membantu menaikkan mutu bola sepak negara.

"Malah, beliau juga berupaya mencurahkan kepakaran dan pengalamannya kepada jurulatih bola sepak tempatan sekali gus dapat membantu mereka meningkatkan lagi keupayaan dalam bidang kejurulatihan," katanya.

Sulaiman berkata, badan induk bola sepak negara itu harus memberi peluang kepada anak tempatan mengisi jawatan berkenaan daripada penyandangnya, Peter de Roo.

Menurutnya, Kim Swee juga bukan baharu dalam arena bola sepak negara kerana pernah membimbing skuad kebangsaan dan skuad B-23.

"Saya pernah bersama beliau (Kim Swee) dalam kursus kejurulatihan sebelum ini dan saya dapat lihat serta rasakan, sememangnya beliau mempunyai ketokohan sebagai pemimpin dan sesuai untuk menjawat jawatan berkenaan," katanya.

Kontrak De Roo sebagai pengarah teknikal berakhir hujung tahun ini selepas pengendali berasal dari Belanda itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya selepas mula dilantik pada 2017.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 7:25 PM

Isnin, 14 September 2020

Hamidin diminta kekal terajui MFL

 SUKAN»Bola

Isnin, 14 September 2020 | 9:15pm



Hamidin (tengah) genap setahun memegang jawatan Presiden MFL.

Hamidin diminta kekal terajui MFL

Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pemegang taruh bola sepak tempatan terus memberikan kepercayaan kepada Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus kekal menerajui organisasi itu.

Genap setahun memegang jawatan itu, beberapa pencapaian yang diraih menjadi bukti terhadap kredibiliti Hamidin yang juga Presiden Bolasepak Malaysia (FAM) dan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mustaza Ahmad menyifatkan Hamidin memiliki daya kepemimpinan yang hebat.

"Selepas setahun Hamidin menjadi presiden MFL, beberapa perkara berjaya dilaksanakan seperti menarik kembali beberapa penaja untuk menaja Liga Malaysia (Liga M) selain membawa masuk beberapa penaja baharu.

"Pelaksanaan Program Kawalan Ekonomi (ECP) juga berjaya dilengkapkan semua pasukan sekali gus memberi petanda baik kepada Liga M. Ini antara usaha MFL yang mahu melihat Liga M setanding liga lain di dunia," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa mengakui betapa rakan kongsi liga mahu supaya Hamidin terus kekal menjadi 'ketua' mereka pada masa akan datang.

"KLFA mengharapkan Hamidin dapat terus menerajui MFL dan memberi idea baharu untuk memajukan liga bola sepak di negara ini," katanya.

Nada sama dikongsi Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr Amar Pritpal Abdullah yang melihat Hamidin sememangnya individu yang tepat untuk membawa MFL dan juga saingan Liga M ke tahap yang lebih tinggi.

"Tahniah atas setahun sebagai Presiden MFL dan beliau sememangnya sangat meminati dan komited membangunkan bola sepak di Malaysia. Beliau juga sangat mudah untuk didekati.

"Beliau dapat menyatukan presiden persatuan bola sepak dengan hati yang tenang dan sabar selain berusaha mendapatkan penajaan bagi Liga M," katanya.SUMBER-BH ONLINE

Sabtu, 12 September 2020

FAM susun semula perancangan skuad B-19

Oleh Rozaidi Zulkifli

12 September 2020, 11:25 am

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyusun semula perancangan skuad Bawah 19 (B-19) kebangsaan untuk disesuaikan dengan tarikh baharu kejohanan yang akan

diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Dengan berita penangguhan ini, kem latihan pusat Fasa 3 yang sepatutnya diadakan September dibatalkan, begitu juga perlawanan-perlawanan persahabatan

yang telah dirancang.

Selepas berakhirnya kem latihan pusat Fasa 2 pada 29 Ogos, pemain dilepaskan terus untuk mereka kembali ke pasukan masing-masing bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Sekretariat FAM akan menyusun semula perancangan pasukan bersama pihak

pengurusan dan juga kejurulatihan. Kita akan maklumkan nanti kepada peminat

dan juga media,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.Kelmarin, AFC mengumumkan Kejuaraan B-19 AFC ditangguh ke awal 2021. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yemen.

Penangguhan itu ekoran situasi semasa

pandemik Covid-19 yang masih tidak menentu, sekali gus menyaksikan AFC tidak dapat meneruskan perancangan untukmengadakan pusingan akhir kejohanan berkenaan mengikut tarikh yang ditetapkan itu.Sementara itu, ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney menerima berita penangguhan itu dengan positif biarpun pasukannya sudah pun melakukan persiapan awal sejak dari kem latihan pusat Fasa 1 bermula 6 Julai lalu.

Sesuatu yang cukup baik apabila kami dapat berlatih bersama tetapi kami perlu menghormati keputusan AFC demi

kepentingan semua.

Selepas mendapat tarikh baharu, kami akan susun semula perancangan pasukan dan sekarang kita ikut sahaja apa yang

sudah diputuskan,” katanya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Jumaat, 11 September 2020

AFC B-19 tunda tahun depan

MyMetroArena

Ketua jurulatih, Brad Maloney memerhatikan sebahagian pemain skuad bola sepak kebangsaan B-19 menjalani latihan. FOTO File NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

KALENDAR bola sepak tahun ini boleh dikatakan suram apabila Kejuaraan Konfederasi Asia (AFC) Bawah 19 tahun (B-19) ditunda selepas mesyuarat barisan tertinggi badan induk bola sepak Asia sebentar tadi.Menurut Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira pandangan ahli gabungan yang kebanyakannya mahu membatalkan kejohanan berkenaan atas faktor keselamatan.

"Kebanyakan ahli gabungan dikatakan agak 'berat' untuk menghantar pasukan malah ada antaranya kemungkinan menarik diri daripada menyertai kejohanan itu."Kejuaraan berkenaan akan ditunda pada tahun depan dengan tarikh akan ditentukan selepas mengadakan perbincangan nanti," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, Windsor berkata saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ditunda ke November manakala kejohanan Piala AFC dibatalkan berdasarkan kepada persetujuan semua pihak.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan kemungkinan kejohanan itu ditunda atas faktor keselamatan.

Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) AFC tidak menolak situasi sama turut berlaku pada tahun depan dengan banyak penganjuran perlawanan bola sepak tidak dapat dilaksanakan berikutan ketika ini pandemik Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan tanda penurunan.Untuk rekod skuad Harimau Malaya terpaksa 'menyimpan kuku' untuk tahun ini apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) membatalkan aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023 yang dijadualkan hujung tahun ini.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 7:54 PM