Khamis, 29 Ogos 2019

Tak pasti ganti Sumareh

SAFAWI RASID dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil
SAFAWI RASID dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan esok. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Rozaidi Zulkifli

29 Ogos 2019 8:48 PM

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pemain sayap negara, Safawi Rasid menegaskan ketiadaan Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan bukan jaminan untuknya mengisi kekosongan itu kerana beberapa pemain lain turut menunjukkan prestasi terbaik.

Tambahnya, antara pemain yang mampu mengisi tempat Sumareh adalah rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid, kapten Felda United, Hadin Azman dan Shahrel Fikri Md. Fauzi.


“Saya tidak tahu, bakal bermain esok atau tidak. Ketiadaan Sumareh bukan masalah buat pasukan negara kerana kita masih mempunyai ramai pemain yang dapat bermain di posisi itu.

“Antaranya saya sendiri, Akhyar, Hadin dan Shahrel Fikri. Untuk itu jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempunyai pilihan untuk menurunkan sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra perlawanan persahabatan menentang Jordan esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jordan sebelum ini berjaya menundukkan Indonesia 4-1 dalam aksi persahabatan pada Jun lalu di Stadium King Abdullah Sports City.

Tambahnya, pengalaman beraksi menentang Jordan ketika bersama skuad bawah 23 tahun dalam saingan Kejuaraan AFC di China awal tahun lepas menyaksikan pasukan lawannya itu memiliki kekuatan dari segi fizikal dan corak permainan yang pantas.

“Mereka memiliki kekuatan dari segi fizikal tetapi bagi saya itu bukan masalah kerana jika semua pemain mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi, pasti kita dapat keputusan positif.

“Sekarang semua pemain berada dalam prestasi terbaik dan sudah mula serasi dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih,” jelasnya. – SUMBER UTUSAN ONLINE 29 Ogos 2019 8:48 PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan