MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
“MAAFKAN saya,” itu luahan
penjaga gol skuad bawah 18 tahun (B-18) negara Firdaus Imran Fadhil kepada
seluruh peminat bola sepak tanah air selepas kesilapannya menggelecek penyerang
Thailand hampir memusnahkan impian untuk melangkah ke separuh akhir Kejuaraan
Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Ho Chi Minh, Vietnam.
Malaysia yang memburu kemenangan
keempat bagi menjamin slot selaku juara Kumpulan B dikejutkan dengan kekalahan
0-1 di tangan Thailand yang sudah dari awal lagi terkeluar daripada saingan.
Namun mujur Vietnam yang turut
berpeluang mengintai tempat ke separuh akhir tumbang 1-2 kepada Kemboja sekali
gus melegakan kem negara yang dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan
dimenangi tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana kami layak
ke separuh akhir. Maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kesilapan yang saya
buat.
“Benda macam ni saya letak dalam
diri saya. Semua orang buat silap. Cepat atau lambat saja bangkit daripada
kesilapan,” kata Firdaus yang turut bertindak sebagai ketua pasukan.
Dia berjanji tidak akan
memgulangi kesilapan sama apabila skuad negara turun berdepan juara Kumpulan A,
Indonesia pada separuh akhir Sabtu ini.
“Sebagai ketua pasukan, saya
ambil tanggungjawab ini, saya minta maaf pada semua, saya janji tak buat lagi.
Saya akan kembali lebih kuat selepas ini,” katanya.
Pada aksi di Stadium Thanh Long,
kedua-dua pasukan memperagakan aksi menarik dengan masing-masing kerap
melancarkan serangan ke kubu lawan.
Begitupun, susulan kesilapan
Firdaus yang cuba menggelecek Sitthinan Rungrueang akhirnya memakan diri
apabila dia terjatuh sebelum penyerang itu sendiri menolak bola ke gawang
negara yang sudah ternganga luas pada minit ke-69.
SUMBER Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 15 Ogos 2019 @ 11:37 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan