Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:25pm
Luqman Hakim Shamsuddin.
Luqman amalkan 3 Qul sebelum
beraksi
KUALA LUMPUR: Penyerang skuad
Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsuddin menikmati perlawanan
terbaik selepas meledak dua gol menentang juara empat kali, Australia pada
Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN B-18 2019 di Vietnam, semalam.
Dua jaringan pemain berusia 17
tahun itu yang melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia 3-0 tercipta hasil
daripada kebijaksanaan, kemahiran berfikir selain pergerakan kaki pantas untuk
mudah memperdaya pertahanan lawan.
Di sebalik prestasi cemerlang
ditampilkan di Stadium Thanh Long pada aksi Kumpulan B itu, pemain kelahiran
Kota Bharu, Kelantan, itu percaya pesanan kedua ibu bapa yang diamalkan setiap
kali sebelum perlawanan adalah faktor utama mendorongnya di atas padang.
“Mereka (ibu bapa) sentiasa
memberi dorongan kepada saya dan sering berpesan untuk berikan aksi terbaik
dalam setiap perlawanan...paling penting mereka pesan solat dan doa jangan
tinggal terutama mendoakan kejayaan pasukan.
“Saya juga membaca tiga Qul
setiap kali sebelum melangkah masuk ke padang dan itu memang apa diajar oleh
ibu dan bapa yang sentiasa saya pegang dan amalkan sehingga hari ini,” katanya
yang telah mengumpul tiga gol selepas empat perlawanan setakat ini.
Pada masa sama, Luqman yang
muncul penjaring terbanyak bersama Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) 2018 dengan meledak lima gol, bagaimanapun tidak mahu terlalu fokus untuk
mengulangi pencapaian itu pada kejohanan kali ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:25pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan