BERNAMA | | 19 Ogos 2019
KETUA jurulatih skuad Harimau
Malaya, Tan Cheng Hoe, menyenaraikan sembilan muka baharu untuk sesi latihan
pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, Selangor,
bermula, Ahad ini.
FAM menyenaraikan 27 pemain bagi
sesi latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan berdepan Jordan di
Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 Ogos ini serta persiapan menghadapi Indonesia
pada perlawanan sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia
2023 di Jakarta, 5 September ini.
Sembilan pemain baharu adalah
penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Jothy dan tonggak pertahanan Selangor,
Muhammad Syahmi Safari yang sebelum ini terpaksa diketepikan daripada panggilan
skuad kebangsaan pada Jun lalu kerana kecederaan.
FAM, dalam kenyataan hari ini,
berkata turut dipanggil adalah tiga pemain Perak iaitu Brendan Gan, J. Partiban
dan Nazirul Naim Che Hashim serta dua pemain Felda United iaitu Muhammad Hadin
Azman dan Muhammad Danial Amier Norhisham.
Turut disenaraikan ialah pemain
Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri dan pemain PKNS FC, Muhammad Jafri
Muhammad Firdaus Chew.
Muka baharu tersebut adalah
sebagai pengganti kepada lima pemain daripada skuad 23-pemain yang menewaskan
Timor Leste menerusi agregat 12-2 pada aksi timbal balik pusingan pertama
kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun
lalu.
Lima pemain yang digugurkan
tersebut adalah Muhammad Syazwan Andik Mohd
Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim
(Pahang), Mohd Syazwan Zainon (Selangor), D. Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga
gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin.
FAM turut memaklumkan lima pemain
lagi iaitu penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid, Amirul Azhan Aznan
(Perak), Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin (Sabah) serta Muhammad Syazwan
Andik diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana pemain dalam senarai 27
pemain yang dipanggil itu mengalami kecederaan.
Selepas menentang Indonesia,
skuad Harimau Malaya akan berdepan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi
kedua pusingan kelayakan Kumpulan G di laman sendiri pada 10 Sept ini.
Senarai 27 Pelatih Skuad Harimau
Malaya
Penjaga Gol:
Mohd Farizal Marlias (JDT),
Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Ifwat Akmal Chek
Kassim (Kedah)
Pemain Pertahanan:
Adam Nor Azlin dan La'vere
Corbin-Ong (JDT), Shahrul Mohd Saad; Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Matthew
Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Irfan Zakaria
(Kuala Lumpur), Dominic Tan Jun Jin (PDRM FC)
Pemain Tengah:
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT),
Brendan Gan (Perak), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Mohd Faiz Mohd Nasir
(Selangor), Muhammad Akram Mahinan (PKNS FC), Muhamad Danial Amier Norhisham
(Felda United)
Pemain Sayap:
Muhammad Safawi Rasid; Muhammad
Akhyar Abdul Rashid (JDT), J. Partiban (Perak), Mohamadou Sumareh (Pahang),
Muhammad Hadin Azman (Felda United)
Penyerang:
Muhammad Syafiq Ahmad; Ahmad
Hazwan Bakri (JDT), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak), Norshahrul Idlan
Talaha (Pahang), Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC). - Bernama
Artikel Penuh : SUMBERhttps://www.sinarharian.com.my/article/43753/BERITA/Sukan/Cheng-Hoe-panggil-9-muka-baharu-untuk-latihan-pusat
© 2018 Hakcipta
Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan