Sabtu, 31 Ogos 2019

Hazwan, Faiz dan Jefri digugurkan

 PENYERANG Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri ketika mengasak pemain
PENYERANG Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri ketika mengasak pemain Jordan pada perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.-BERNAMA
31 Ogos 2019 2:25 PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Hazwan Bakri menjadi antara tiga pemain yang digugurkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kelibat Hazwan yang dipanggil menyertai skuad negara sebelum ini turut mendapat pandangan negatif daripada peminat-peminat bola sepak negara dengan menyifatkan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak berada dalam prestasi terbaik, selain sekadar memanaskan bangku simpanan dalam saingan liga tempatan.


Turut menyertai Hazwan dalam senarai pemain yang digugurkan adalah Faiz Nasir dan Jafri Firdaus Chew.

““Hazwan kita tahu dia seorang penyerang yang berkaliber tetapi kurang beraksi dan sebab itulah dia tidak dapat mengekalkan prestasi dan tempo perlawanan antarabangsa. Kita akan beri dia peluang pada masa akan datang dan memantau prestasinya dalam saingan Piala Malaysia nanti.

“Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit. Jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti.

“Sementara Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan. Tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan,” kata Cheng Hoe.

Skuad negara menghadapi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.



Pertemuan menentang pa­sukan Jordan yang berada di ranking ke-99 dunia itu dalam aksi persahabatan, semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-1 tetapi ia menjadi pentas terbaik Cheng Hoe untuk mencari kombinasi yang akan digunakan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Selain Indonesia, Malaysia turut diletak bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan G. - UTUSAN ONLINE31 Ogos 2019 2:25 PM

Shahrul tiada masalah dengan Adam


PEMAIN Harimau Malaya memberi penghormatan kepada penyokong yang
PEMAIN Harimau Malaya memberi penghormatan kepada penyokong yang menyanyikan lagu Negaraku dalam aksi persahabatan menentang Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. - BERNAMA
31 Ogos 2019 8:52 PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Kapten Perak, Shahrul Mohd. Saad tetap selesa digandingkan bersama Adam Nor Azlin di bahagian pertahanan skuad Harimau Malaya meskipun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu gemar menampilkan permainan berisiko.

Gandingan itu yang masing-masing memiliki gaya tersendiri berjaya mewujudkan kombinasi positif ketika Malaysia membelasah Timor Leste 12-2 dalam dua aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lepas.


Namun, kedudukan Adam kini mula dipersoal peminat berikutan prestasi membimbangkan pada aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jordan semalam, selepas bekas pemain Selangor itu didakwa tidak bermain pada tahap terbaik seperti sebelum ini.

Biarpun berbeza pendekatan bertahan, Shahrul, yang dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018, berkata Adam merupakan seorang pemain yang positif dan mereka berdua sering berkomunikasi dalam permainan.

“Saya tiada masalah dengan Adam dan tidak akan ada masalah dengan mana-mana gandingan sekali pun. Dia (Adam) sungguh positif dan sangat membantu selain kami sering bercakap mengenai cara untuk mantapkan lagi barisan pertahanan negara.

“Saya berharap sangat bila bertemu Indonesia nanti kami akan lebih fokus dari segi barisan pertahanan,” katanya selepas perlawanan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Pada masa sama, ketua jurulatih,Tan Cheng Hoe menggesa Shahrul dan Adam bangkit meningkatkan prestasi menjelang pertemuan dengan Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis depan.

“Banyak lagi yang perlu dipertingkatkan kerana dua pertahanan tengah merupakan benteng terakhir pasukan. Mereka berdua perlu ada satu kombinasi yang baik dan kena lebih banyak bersuara memberi arahan daripada bawah,” jelas pengendali berusia 51 tahun itu.


Partiban, Brendan tarik perhatian Cheng Hoe


 
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

AKSI cemerlang dua pemain Perak, Brendan Gan dan J Partiban pada perlawanan final Piala FA bulan lalu, berjaya memikat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk disenaraikan antara 27 pemain yang menyertai kem latihan pusat skuad negara menjelang pertemuan menentang Jordan, Indonesia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) nanti.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media memaklumkan Cheng Hoe turut mengekalkan 18 pemain yang sebelum ini beraksi cemerlang menentang Timor Leste pada aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain lain yang turut dipanggil antaranya penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.


Aksi Partiban (kiri) ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP
Selain Nazirul Naim Che Hashim (Perak), dua pemain Felda United iaitu Hadin Azman dan Danial Amier Norhisham, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Ahmad Hazwan Bakri dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).

Lima pemain yang digugurkan adalah Syazwan Andik Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syazwan Zainon (Selangor), Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).

Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain selepas perlawanan menentang Jordan pada 30 Ogos ini untuk dibawa ke Jakarta, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Indonesia pada 5 September untuk pertemuan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 seterusnya pulang semula ke tanah air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 8:40 PM



Jordan atasi Harimau Malaya [METROTV]



MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

SKUAD Harimau Malaya tidak goyah bertemu lawan pasukan di kedudukan ranking ke-99 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila sekadar tewas tipis 0-1 pada perlawanan persahabatan bertemu Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe tampil meyakinkan apabila mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan dari Timur Tengah sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Cuma sedikit kesilapan pertahanan negara yang gagal mengekang serangan pada babak awal separuh masa pertama perlawanan membolehkan kapten Jordan Said Morjan menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke 7.

Jelas kesilapan terbabit diperbaiki segera barisan pemain Cheng Hoe dengan memperkemaskan lagi pertahanan dan bahagian tengah namun ketumpulan bahagian serangan menafikan mereka untuk menggegarkan gawang lawan hingga tamat separuh masa pertama.


Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad, melakukan hadangan kepada pemain Jordan ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium National Bukit Jalil. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Separuh masa kedua bermula menyaksikan Harimau Malaya menyusun strategi dengan mengatur serangan daripada semua bahagian.

Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan menerusi Norshahrul Idlan Talaha hasil umpanan Safawi Rasid namun rembatan penyerang Pahang itu berjaya ditepis penjaga gol Jordan, Yazeed Abulaila sekali gus memberi kelegaan kepada pengendalinya Vitak Borkelmans.

Safawi yang juga bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) turut hampir mencetak nama sebagai penjaring gol namun sepakan percumanya sedikit tersasar sekali gus mengecewakan hampir 14,000 penyokong yang hadir di stadium.

Cheng Hoe dilihat lebih memberi tumpuan mencari keserasian dan barisan pemain terbaik untuk dibawa ke Indonesia bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membuat pertukaran lima pemain membabitkan jentera serangan dan sayap namun gagal merobek gawang lawan sekali gus keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 10:54 PM


Cheng Hoe gugur tiga pemain untuk aksi menentang Indonesia


BERNAMA | | 31 Ogos 2019
 
Reaksi ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe pada perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KETUA jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai 24 pemain ke Jakarta pada aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal bulan depan.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga pemain berkenaan adalah penyerang Johor Darul Ta'zim, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), pemain tengah Selangor, Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor) dan penyerang PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Untuk rekod, Malaysia tewas 0-1 kepada Jordan pada aksi persahabatan tier satu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, dengan Ahmad Hazwan dimasukkan pada minit ke-61, manakala Mohd Faiz dan Muhammad Jafri tidak diturunkan.


Malaysia bakal menentang Indonesia pada 5 September ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Mengulas mengenai keputusan menggugurkan tiga pemain berkenaan, Cheng Hoe menjelaskan Ahmad Hazwan terpaksa digugurkan memandangkan pemain berkenaan jarang diturunkan bersama JDT, sekaligus menjejaskan tempo permainannya bersama skuad kebangsaan.

"Mohd Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit, jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti, sementara Muhammad Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan, tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan,”jelas Cheng Hoe.

Pengendali berusia 51 tahun itu menegaskan peluang masih terbuka kepada ketiga-tiga pemain berkenaan untuk merebut kembali tempat dalam skuad kebangsaan, sekiranya mana-mana 24 pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas kembali daripada Jakarta nanti.

Pada masa yang sama, Cheng Hoe mendedahkan keputusannya membawa 24 pemain berbanding perancangan asal 23 pemain sebelum ini adalah kerana beliau sedang memantau pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal pemain dialami pemain Pahang itu.

Beliau, bagaimanapun, memaklumkan hanya 23 pemain akan disenaraikan untuk aksi menentang Indonesia nanti.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.

Senarai 24 pemain:

Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (JDT), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pemain Pertahanan: Adam Nor Azlin dan La'vere Corbin-Ong (JDT), Shahrul Mohd Saad dan Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Matthew Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Dominic Tan Jun Jin (PDRM FC)

Pemain Tengah: Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT), Brendan Gan (Perak), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Muhammad Akram Mahinan (PKNS FC), Muhamad Danial Amier Norhisham (Felda United)

Pemain Sayap: Muhammad Safawi Rasid; Muhammad Akhyar Abdul Rashid (JDT), J. Partiban (Perak), Mohamadou Sumareh (Pahang), Muhammad Hadin Azman (Felda United)

Penyerang: Muhammad Syafiq Ahmad (JDT), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang). - Bernama
Artikel Penuh : SUMER-https://www.sinarharian.com.my/article/45815/BERITA/Sukan/Cheng-Hoe-gugur-tiga-pemain-untuk-aksi-menentang-Indonesia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Jumaat, 30 Ogos 2019

MALAYSIA 0-0 JORDAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia 0-1 Jordan
PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS
02 MATTHEW DAVIES
03 SHAHRUL SAAD 
08 AZAM AZIH    
15 ADAM NOR AZLIN
07 LAVERE CORBIN-ONG   
06 BRANDEN GAN    
16 HADIN AZMAN
11 SAFAWI RASID
09 NORSHARUL IDLAN TALAHA             
27 DANIEL AMIER
PEMAIN GANTIAN
20 SYAFIQ AHMAD
04 SYAHMI SAFARI
15 J.PARTHIBAN
10 SHAREK FIKRI
24 HAZWAN BAKRI
12 AKRAM MAHINAN


Cheng Hoe pening


SUKAN»Bola
Khamis, 29 Ogos 2019 | 3:03pm
 
Cheng Hoe pening
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Mata untuk ranking Persekutuan Bolasepak Malaysia (FIFA) atau mencari kombinasi terbaik menentang Indonesia?

Itu dua perkara yang berlegar dalam fikiran pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menjelang aksi persahabatan menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Keputusan positif ke atas Jordan bakal menawarkan mata untuk Malaysia ‘memanjat’ tangga ranking, namun eksperimen masih perlu dilakukan untuk mencari kombinasi terbaik memandangkan Indonesia sedang menunggu mereka di Jakarta untuk aksi pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, 5 September ini.

Namun, kedua-dua perkara itu jelas menjadi buruan Cheng Hoe untuk aksi itu di mana kemenangan tetap menjadi sasaran, selain cuba mendapatkan gandingan terbaik untuk berdepan Indonesia nanti.

“Perlawanan menentang Jordan adalah perlawanan ujian buat semua pemain dan mereka sedar tahap pasukan lawan yang akan kita hadapi malam esok.

“Perlawanan ini memberikan mata untuk ranking, jadi sudah tentu kita mahukan keputusan memberangsangkan dan kita masih mencari kombinasi yang terbaik di mana kita juga belum pasti untuk kesebelasan utama. Senarai 23 pemain akan diumumkan selepas aksi malam esok.

“Saya mahu pemain meningkatkan intensiti permainan dan tampil dengan persembahan lebih kemas serta turun dengan keyakinan yang tinggi,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Mengulas lanjut aksi bertemu pasukan di ranking ke-99 itu, Cheng Hoe jelas bersedia dengan sebarang kemungkinan ketika pasukan lawan dijangka  menurunkan barisan kedua sebagai persiapan mereka untuk bertemu Taiwan, minggu hadapan.

“Setakat ini, saya tahu mereka sudah mengumpulkan ramai pemain mereka untuk aksi malam esok. Sebagai jurulatih, kita perlu sentiasa fokus sama ada kita bertemu barisan utama ataupun barisan kedua.

“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, ini adalah peluang terbaik buat kita kerana corak permainan Jordan lebih kurang sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“UAE sememangnya berada pada tahap yang lebih tinggi tetapi kita tidak boleh memandang rendah Jordan kerana mereka juga antara pasukan terbaik di Timur Tengah,” katanya.

KETUA jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe pada sidang media perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini. NSTP/Owee Ah Chun.  
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 29 Ogos 2019 | 3:03pm

Khamis, 29 Ogos 2019

Tak pasti ganti Sumareh

SAFAWI RASID dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil
SAFAWI RASID dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan esok. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Rozaidi Zulkifli

29 Ogos 2019 8:48 PM

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pemain sayap negara, Safawi Rasid menegaskan ketiadaan Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan bukan jaminan untuknya mengisi kekosongan itu kerana beberapa pemain lain turut menunjukkan prestasi terbaik.

Tambahnya, antara pemain yang mampu mengisi tempat Sumareh adalah rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid, kapten Felda United, Hadin Azman dan Shahrel Fikri Md. Fauzi.


“Saya tidak tahu, bakal bermain esok atau tidak. Ketiadaan Sumareh bukan masalah buat pasukan negara kerana kita masih mempunyai ramai pemain yang dapat bermain di posisi itu.

“Antaranya saya sendiri, Akhyar, Hadin dan Shahrel Fikri. Untuk itu jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempunyai pilihan untuk menurunkan sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra perlawanan persahabatan menentang Jordan esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jordan sebelum ini berjaya menundukkan Indonesia 4-1 dalam aksi persahabatan pada Jun lalu di Stadium King Abdullah Sports City.

Tambahnya, pengalaman beraksi menentang Jordan ketika bersama skuad bawah 23 tahun dalam saingan Kejuaraan AFC di China awal tahun lepas menyaksikan pasukan lawannya itu memiliki kekuatan dari segi fizikal dan corak permainan yang pantas.

“Mereka memiliki kekuatan dari segi fizikal tetapi bagi saya itu bukan masalah kerana jika semua pemain mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi, pasti kita dapat keputusan positif.

“Sekarang semua pemain berada dalam prestasi terbaik dan sudah mula serasi dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih,” jelasnya. – SUMBER UTUSAN ONLINE 29 Ogos 2019 8:48 PM


Rabu, 21 Ogos 2019

Cheng Hoe panggil 9 muka baharu untuk latihan pusat


BERNAMA | | 19 Ogos 2019

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menyenaraikan sembilan muka baharu untuk sesi latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, Selangor, bermula, Ahad ini.

FAM menyenaraikan 27 pemain bagi sesi latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan berdepan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 Ogos ini serta persiapan menghadapi Indonesia pada perlawanan sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Jakarta, 5 September ini.

Sembilan pemain baharu adalah penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Jothy dan tonggak pertahanan Selangor, Muhammad Syahmi Safari yang sebelum ini terpaksa diketepikan daripada panggilan skuad kebangsaan pada Jun lalu kerana kecederaan.


FAM, dalam kenyataan hari ini, berkata turut dipanggil adalah tiga pemain Perak iaitu Brendan Gan, J. Partiban dan Nazirul Naim Che Hashim serta dua pemain Felda United iaitu Muhammad Hadin Azman dan Muhammad Danial Amier Norhisham.

Turut disenaraikan ialah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri dan pemain PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Muka baharu tersebut adalah sebagai pengganti kepada lima pemain daripada skuad 23-pemain yang menewaskan Timor Leste menerusi agregat 12-2 pada aksi timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Lima pemain yang digugurkan tersebut adalah Muhammad Syazwan Andik Mohd

Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Mohd Syazwan Zainon (Selangor), D. Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin.

FAM turut memaklumkan lima pemain lagi iaitu penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid, Amirul Azhan Aznan (Perak), Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin (Sabah) serta Muhammad Syazwan Andik diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana pemain dalam senarai 27 pemain yang dipanggil itu mengalami kecederaan.

Selepas menentang Indonesia, skuad Harimau Malaya akan berdepan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kedua pusingan kelayakan Kumpulan G di laman sendiri pada 10 Sept ini.

Senarai 27 Pelatih Skuad Harimau Malaya
Penjaga Gol:

Mohd Farizal Marlias (JDT), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pemain Pertahanan:

Adam Nor Azlin dan La'vere Corbin-Ong (JDT), Shahrul Mohd Saad; Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Matthew Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Dominic Tan Jun Jin (PDRM FC)

Pemain Tengah:

Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT), Brendan Gan (Perak), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor), Muhammad Akram Mahinan (PKNS FC), Muhamad Danial Amier Norhisham (Felda United)

Pemain Sayap:

Muhammad Safawi Rasid; Muhammad Akhyar Abdul Rashid (JDT), J. Partiban (Perak), Mohamadou Sumareh (Pahang), Muhammad Hadin Azman (Felda United)

Penyerang:

Muhammad Syafiq Ahmad; Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang), Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC). - Bernama
Artikel Penuh : SUMBERhttps://www.sinarharian.com.my/article/43753/BERITA/Sukan/Cheng-Hoe-panggil-9-muka-baharu-untuk-latihan-pusat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Khamis, 15 Ogos 2019

Malaysia ke separuh akhir

Terima kasih Kemboja kejutkan Vietnam 2-1

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Australia 3-0 dalam aksi keempat Kumpulan B, Kejuaraan AFF B-18 di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.- Gambar Ihsan NFDP
15 Ogos 2019 6:48 PM

KUALA LUMPUR 15 Ogos- Malaysia menarik nafas lega apabila mara ke separuh akhir Kejuaraan AFF Bawah 18 tahun (B-18) meskipun tumpas 0-1 kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan B di Ho Chi Minh, sebentar tadi.

Anak-anak buah Brad Maloney harus berterima kasih kepada Kemboja yang mengejutkan tuan rumah 2-1 untuk membolehkan mereka mengiringi Australia ke peringkat empat terbaik selaku naib juara kumpulan.


Dua hari selepas menumpaskan Australia 3-0, keletihan jelas terpancar di wajah pemain negara apabila gagal memperagakan aksi tersusun dan sering diasak pada babak pertama.

Pemain tengah negara, Firdaus Kaironnisam hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-34 namun rembatan dalam kotak penalti berjaya dihalang penjaga gol Thailand, Thirawooth Srunson.

Thailand yang lebih banyak mencipta peluang menjaringkan gol, hampir di depan pada minit terakhir babak pertama namun tampanan terlalu kuat Thana Isor yang hanya berdepan gawang kosong menyaksikan bola melepasi palang gol negara, sekali gus memberi kelegaan kepada kem negara.

Tiga minit babak kedua bersambung, hantaran lintang penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin yang ditampan pertahanan lawan sekadar menggegar palang gol.

Usaha juara lima kali, Thailand untuk membolosi gawang Malaysia akhirnya berhasil pada minit ke-69 selepas pemain gantian, Sitthinan Rungrueang memanfaatkan kesilapan penjaga gol negara, Firdaus Iman Mohd. Fadhil.

Firdaus cuba mengelecek bola namun gagal, dan situasi itu dimanfaatkan oleh Sitthinan yang mudah menolak bola ke dalam gawang.

Pasukan negara yang turun sebagai juara bertahan kini akan menentang juara Kumpulan A, Indonesia dalam separuh akhir, Sabtu ini manakala Australia bertemu Myanmar. – SUMBER-UTUSAN ONLINE 15 Ogos 2019 6:48 PM

Firdaus minta maaf...


MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


“MAAFKAN saya,” itu luahan penjaga gol skuad bawah 18 tahun (B-18) negara Firdaus Imran Fadhil kepada seluruh peminat bola sepak tanah air selepas kesilapannya menggelecek penyerang Thailand hampir memusnahkan impian untuk melangkah ke separuh akhir Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Ho Chi Minh, Vietnam.

Malaysia yang memburu kemenangan keempat bagi menjamin slot selaku juara Kumpulan B dikejutkan dengan kekalahan 0-1 di tangan Thailand yang sudah dari awal lagi terkeluar daripada saingan.

Namun mujur Vietnam yang turut berpeluang mengintai tempat ke separuh akhir tumbang 1-2 kepada Kemboja sekali gus melegakan kem negara yang dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana kami layak ke separuh akhir. Maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kesilapan yang saya buat.

“Benda macam ni saya letak dalam diri saya. Semua orang buat silap. Cepat atau lambat saja bangkit daripada kesilapan,” kata Firdaus yang turut bertindak sebagai ketua pasukan.

Dia berjanji tidak akan memgulangi kesilapan sama apabila skuad negara turun berdepan juara Kumpulan A, Indonesia pada separuh akhir Sabtu ini.

“Sebagai ketua pasukan, saya ambil tanggungjawab ini, saya minta maaf pada semua, saya janji tak buat lagi. Saya akan kembali lebih kuat selepas ini,” katanya.

Pada aksi di Stadium Thanh Long, kedua-dua pasukan memperagakan aksi menarik dengan masing-masing kerap melancarkan serangan ke kubu lawan.

Begitupun, susulan kesilapan Firdaus yang cuba menggelecek Sitthinan Rungrueang akhirnya memakan diri apabila dia terjatuh sebelum penyerang itu sendiri menolak bola ke gawang negara yang sudah ternganga luas pada minit ke-69.

SUMBER Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 11:37 PM


Rabu, 14 Ogos 2019

Luqman amalkan 3 Qul sebelum beraksi


Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:25pm
 
Luqman Hakim Shamsuddin.
Luqman amalkan 3 Qul sebelum beraksi

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsuddin menikmati perlawanan terbaik selepas meledak dua gol menentang juara empat kali, Australia pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN B-18 2019 di Vietnam, semalam.

Dua jaringan pemain berusia 17 tahun itu yang melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia 3-0 tercipta hasil daripada kebijaksanaan, kemahiran berfikir selain pergerakan kaki pantas untuk mudah memperdaya pertahanan lawan.

Di sebalik prestasi cemerlang ditampilkan di Stadium Thanh Long pada aksi Kumpulan B itu, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu percaya pesanan kedua ibu bapa yang diamalkan setiap kali sebelum perlawanan adalah faktor utama mendorongnya di atas padang.

“Mereka (ibu bapa) sentiasa memberi dorongan kepada saya dan sering berpesan untuk berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan...paling penting mereka pesan solat dan doa jangan tinggal terutama mendoakan kejayaan pasukan.

“Saya juga membaca tiga Qul setiap kali sebelum melangkah masuk ke padang dan itu memang apa diajar oleh ibu dan bapa yang sentiasa saya pegang dan amalkan sehingga hari ini,” katanya yang telah mengumpul tiga gol selepas empat perlawanan setakat ini.

Pada masa sama, Luqman yang muncul penjaring terbanyak bersama Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 dengan meledak lima gol, bagaimanapun tidak mahu terlalu fokus untuk mengulangi pencapaian itu pada kejohanan kali ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:25pm


[VIDEO] "Kami percaya kekuatan sendiri"

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Australia 3-0 dalam
PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Australia 3-0 dalam aksi keempat Kumpulan B, Kejuaraan AFF B-18 di Ho Chi Minh, Vietnam semalam. - Gambar Ihsan NFDP
14 Ogos 2019 7:00 AM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Lukman Hakim Shamsudin percaya, biarpun berdepan lawan sehebat Australia, namun yakin terhadap kekuatan sendiri adalah kunci kejayaan Malaysia melakar kemenangan 3-0 dalam Kejuaraan AFF Bawah 18 (B-18) di Vietnam malam tadi.

Luqman yang kini diintai kelab divisyen satu Liga Jepun (Liga J1), Cerezo Osaka meledak dua gol dalam aksi di Stadium Thanh Long, Ho Chi Minh manakala satu lagi jaringan disempurnakan oleh Muhammad Azam Azmi.

"Syukur Alhamdulillah kerana doa ibu bapa, para jurulatih dan semua rakyat Malaysia telah memberikan kejayaan kepada kami pada hari ini. Saya akan cuba lebih baik dalam perlawanan seterusnya.


"Saya dan pasukan ada kekuatan sendiri meskipun berdepan Australia. Tak kisahlah mereka kuat mana, kami tetap bermain dengan semangat tinggi" kata Lukman yang dipetik dalam Facebook Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia (NFDP).

Kemenangan ke atas juara empat kali itu meletakkan skuad bimbingan Brad Maloney pada landasan terbaik untuk menamatkan Kumpulan B selaku dua pasukan teratas, sekali gus mara ke separuh akhir.

Turun sebagai juara bertahan, Malaysia akan menentang juara lima kali, Thailand dalam aksi terakhir esok untuk mengesahkan tiket ke peringkat empat terbaik.


Kejayaan Thailand mengikat Vietnam 0-0 malam tadi membolehkan pasukan negara kini mengungguli Kumpulan B dengan sembilan mata, berkongsi mata bersama Australia tetapi dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Sementara itu, Maloney memuji disiplin tinggi pemain negara yang mengikuti semua arahannya sejak awal permainan.

“Selepas mengkaji permai­nan Australia, kita tahu macam mana mereka bermain dan telah kenal pasti segala kelemahan serta kekuatan mereka.

“Hari ini, pemain beraksi mengikut strategi yang dirancang. Mereka memberi tekanan sejak awal permainan dan bermain seperti ketika latihan.

“Pujian harus diberi kepada pemain kerana mengikut arahan dengan baik,” kata Maloney kepada ASEAN Football semalam.

Malaysia sebelum ini memulakan kempen dengan tewas 0-1 kepada Vietnam, sebelum bangkit mengalahkan Singapura 3-1, diikuti Kemboja 3-0. – SUMBER-UTUSAN ONLINE 14 Ogos 2019 7:00 AM

Luqman mahu ‘bedil’ Thailand


 PASUKAN B-18 negara meraih kemenangan 3-0 ke atas Australia dalam
PASUKAN B-18 negara meraih kemenangan 3-0 ke atas Australia dalam aksi Kumpulan B, hari ini.
14 Ogos 2019 2:42 PM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Selepas meledak dua gol menentang Australia, penyerang licik negara Luqman Hakim Shamsuddin berazam membantu Malaysia melakar kemenangan berdepan Thailand pada aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 2019 esok.

Keazamaan itu bukan sahaja demi memastikan Malaysia selaku juara bertahan mara ke separuh akhir, tetapi kemenangan ke atas juara lima kali itu amat bermakna bagi mengubati kekecewaan tewas kepada pasukan sama 2-4 pada kempen Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun lepas.


Lebih perit, Luqman yang menjaringkan satu gol buat skuad remaja telah dilayangkan kad merah oleh pengadil Omar Mohamed Ahmed Hassan Alali pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, September lalu.

Justeru, pemain berusia 17 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu bertekad membuktikan kemampuan sebenar skuad negara pada aksi di Stadium Thang Long, Ho Chi Minh, 3.30 petang waktu tempatan (4.30 waktu Malaysia).

“Misi berdepan Thailand ialah saya mahu balas dendam semula kekalahan 4-2 pasukan tahun lepas...lagi pun saya dikenakan kad merah dalam perlawanan itu. Disebabkan itu saya bersama pasukan kali ini ingin buktikan bahawa Malaysia bukan pasukan ‘ayam-ayam’.

“Bagi saya tidak kira siapa pun lawan kami sama ada Vietnam, Thailand atau Australia, kami pun ada kaki untuk berikan aksi terbaik. Kalau kami berusaha keras dan bermain sebagai satu pasukan, insyaAllah kami akan dapat kemenangan,” kata pemain kelahiran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Selepas empat perlawanan, Malaysia kini menghuni kedudukan teratas Kumpulan B berkongsi sembilan mata bersama Australia di kedudukan kedua diikuti Vietnam ketiga sementara Thailand tercorot dengan dua mata.

Skuad kendalian ketua jurulatih sementara, Brad Maloney memulakan kempen kejohanan berlangsung di Vietnam itu dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada tuan rumah sebelum bangkit meraih tiga kemenangan berdepan Singapura 3-1, Kemboja (3-0) dan kejayaan menundukkan Austrlia 3-0, semalam.-BERNAMA
Sumber-utusan malaysia online    14 Ogos 2019 2:42 PM