Presiden FAM patut bukan ahli
politik, kerabat diraja – Velappan
FADHILUL IZMEL ISHAK | 25
Januari 2017 12:25 AM
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tokoh
bola sepak negara Datuk Peter Velappan menyifatkan tiada seorang pun daripada
individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) itu berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan
terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan
apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut.
“Jika dikaji kedudukan bola
sepak negara sudah bertukar secara keseluruhan yang mana kita tidak mahu ahli
politik dan kerabat diraja sebaliknya kita mahun golongan profesional dalam
sukan tersebut.
“Sewaktu zaman saya Tunku Abdul
Rahman dikecualikan kerana beliau seorang peminat bola sepak tegar dan sedia
menggalas tanggungjawab secara beramai-ramai. Tidak seperti sekarang.
“Saya mahu tanya, apa tujuan
mereka mahu menjadi presiden? Pada pandangan saya, tiada seorang pun dalam
kalangan mereka patut dipilih sebagai presiden. Bagi saya, presiden sewajarnya
dipilih dalam kalangan rakyat biasa.
“Ini kerana saya lihat sejak 15
tahun kebelakangan ini semua ahli politik terlibat dalam persatuan bukan bola
sepak. Itu membunuh pembangunan sukan. Bagi kepada orang yang sepatutnya,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam FAM menerima empat
pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan
Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi
Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.
Utusan Malaysia difahamkan,
Khairy mengetuai senarai dengan menerima 12 pencalonan, diikuti Tunku Ismail,
lima.
Semua calon diminta mengesahkan
pendirian mereka sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum 13 Februari.
Velappan, 81, yang pernah
menyandang jawatan Penolong Setiausaha FAM dan menjadi pengurus skuad
kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich bagaimanapun tidak
menyatakan siapakah calon yang difikirkan layak mengisi kerusi panas itu.
Sumber-- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-semua-tidak-layak-8217-1.436030#sthash.xGxQvUxg.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan