PASUKAN
bekas pemain negara dan Korea Selatan sebelum perlawanan persahabatan di Seoul,
baru-baru ini.
Nazri Abu
Bakar
sukan@hmetro.com.my
Melaka:
Bekas pemain Malaysia berjaya menewaskan skuad legenda kelayakan Olimpik 1971
Korea Selatan 1-0 pada perlawanan persahabatan di Seoul baru-baru ini.
Skuad negara
yang diketuai legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun berdepan saingan
getir lawan yang turut dibarisi bekas pemain terbaik negara itu Kim Jae Han dan
bekas kapten Kim Jung Nam.
Lebih
menarik beberapa pemain yang pernah beraksi pada kelayakan Olimpik 1980 Korea
Selatan yang berdepan skuad negara di Kuala Lumpur turut beraksi.
Gol tunggal
kemenangan skuad negara dijaringkan Chin Aun sendiri menerusi gerakan menarik
bagi memastikan kejayaan manis kunjungan pasukan legenda Malaysia ke negara
itu.
Skuad bekas
pemain negara turut diwakili Ho Hong Seong, Soh Chor Len dan Kamaruzaman Hasan.
“Apa yang
penting kunjungan kami ke Korea bagi bertemu bekas rakan seperjuangan dalam
bola sepak yang pernah menjadi lawan pada kelayakan Olimpik 1971 yang mana
skuad negara layak ke Olimpik Munich 1972.
“Malah ia
juga kesempatan terbaik buat kami bertemu beberapa pemain yang pernah berdepan
Malaysia di kelayakan Olimpik 1980,” kata Chin Aun.
Menurutnya,
apa yang dibanggakan walaupun ramai antara mereka berusia lebih 70 tahun namun
masih tangkas dan memiliki kemahiran permainan yang masih baik.
Penjagaan
kesihatan yang baik dalam kalangan mereka membolehkan pemain legenda itu mampu
beraksi baik walaupun usia sudah meningkat.
Sumber-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 5:57 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan