HARIMAU Malaysia harus menang
dengan Hong Kong.
Serbegeth Singh
Selepas menganalisa pasukan
bakal menjadi pesaing dalam Kelayakan Piala Asia 2019 kita berharap dapat
mengelak dua pasukan. Malangnya, kedua-dua pasukan ini, Korea Utara serta
Lubnan diundi bersama dalam Kumpulan B. Turut serta adalah Hong Kong.
Kekuatan Korea Utara jelas
apabila mereka menduduki tempat kedua Kumpulan H bagi pusingan Kelayakan Piala
Dunia 2018. Seperti mana kita sedia tahu, Kelayakan Piala Dunia 2018 juga
digunakan sebagai kelayakan utama Piala Asia 2019. Korea Utara berjaya
menewaskan Uzbekistan di tempat sendiri walaupun pasukan itu menjuarai Kumpulan
H.
Tapi apa yang menarik perhatian
kita adalah keputusan menentang Filipina yang turut sama dalam Kumpulan H.
Filipina berjaya mengumpul empat mata melalui keputusan seri di Pyongyang dan kemenangan
di laman sendiri. Keputusan seri 0-0 dan menang 3-2 di tempat sendiri harus
kita jadikan contoh sebelum membuka tirai Kelayakan Piala Asia 2019.
Selepas kempen Piala AFF 2016,
didapati tahap Filipina dan Malaysia tidak banyak jauh, jadi kita boleh
mengambil keyakinan untuk mencari sesuatu positif menjelang 28 Mac. Korea Utara
mencorakkan permainan pantas serta agresif tapi agak tumpul di depan pintu gol.
Lubnan pula mempunyai semangat
juang tinggi dengan pernah membelasah Laos 7-0 dalam Kumpulan G pada masa
Kelayakan Piala Dunia 2018. Pasukan ini diletakkan sebagai pilihan utama
Kumpulan B ini.
Hong Kong melengkapkan Kumpulan
B dan di sini kita harus mencapai dua kemenangan. Di tempat sendiri mahupun
lawan, Malaysia harus letak petanda bola sepak kita lebih maju daripada Hong
Kong.
Susunan perlawanan pula memberi
kita kelebihan kerana urutan aksi adalah bertemu Korea Utara di luar diikuti
dua pertemuan di tempat sendiri menentang Lubnan serta Hong Kong. Perlawanan
berikutnya membawa kita berkunjung ke Hong Kong sebelum mengakhiri tahun ini
dengan pertemuan menentang Korea Utara di tempat kita pada November.
Kita akan tamatkan perjuangan
di Lubnan pada Mac 2018. Harap perjuangan Kelayakan Piala Asia 2019 akan
menyaksikan kita bertanding sehingga perlawanan terakhir Kumpulan B. Kita sedar
tahap bola sepak Malaysia di lapangan antarabangsa rendah tapi untuk masih
bernafas sehingga ke perlawanan terakhir Kumpulan boleh diambil kira sebagai
satu kemajuan.
Walaupun Persatuan Bolasepak
Malaysia atau FAM akan mempunyai pucuk kepimpinan baru sebelum Kelayakan Piala
Asia 2019 bermula Mac nanti tapi kita harus sedar nasib sukan itu tidak akan
berubah dengan sekelip mata. Kepimpinan baru akan memberi harapan serta
perubahan tapi bola sepak selalunya memerlukan masa.
Kelayakan Piala Asia 2019 harus
dijadikan tumpuan utama kepimpinan baru dan kegagalan melayakkan diri terpaksa
di pikul sebagai kegagalan utama. Kepimpinan baru tidak boleh beraksi mengikut
peraturan lama. Kepimpinan baru harus beraksi dengan sukatan serta harapan yang
lebih tinggi.
Kita sedia maklum pemilihan
kepimpinan baru akan di sahkan hanya tiga hari sebelum kita membuka tirai pada
28 Mac menentang Korea Utara tapi mula dari sekarang, sekurang-kurangnya mereka
yang menjadi calon boleh membentangkan pelan untuk melonjakkan bola sepak
negara.
Kalau boleh biar pelan mereka
itu dibincang dan dibahas dalam kalangan ramai supaya kita dapat memahami
dengan lebih mendalam perubahan serta pengubahan yang bakal diambil kembalikan
maruah bola sepak Malaysia.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 5:11 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan