Sabtu, 18 Januari 2014

PERSIAPAN CHELSEA MENENTANG MALAYSIA 21.7.2013


SHAH ALAM - Mengharungi siri jelajah Asia ketika Ramadan tidak menghalang pemain Chelsea yang beragama Islam, Demba Ba berpuasa.
Walaupun berpuasa, Demba Ba, yang berasal dari Sevres, Perancis tetap bertenaga sewaktu menjalani latihan keras di bawah bos baharu Chelsea, Jose Mourinho seperti rakan sepasukannya yang lain pada sesi latihan di Stadium Shah Alam, semalam.
Penganjur Jelajah Asia kelab itu berkata, pemain berusia 28 itu tetap berpuasa walaupun terpaksa menjalani latihan lebih dua jam pada sesi sebelah pagi dan petang ketika mereka berada di Thailand pertengahan minggu ini serta di Malaysia sejak Khamis lalu.
Ketika latihan di Bangkok pertengahan minggu lalu, Ba dikatakan menolak dengan secara baik sebotol air mineral yang dihulurkan kepadanya oleh pegawai pasukan tersebut kerana khuatir dia mengalami kekurangan air dalam badan.
"Semuanya berjalan lancar, ia bukan terlalu sukar buat saya," kata Ba selepas ditanya oleh media mengenai keadaannya yang perlu berlatih dan bermain dalam bulan Ramadan ketika di Thailand dan Malaysia.
Ba, yang beraksi di posisi penyerang juga memuji semua kemudahan serta suasana di Malaysia termasuk hotel penginapan mereka dan berharap perlawanan menentang skuad kebangsaan hari ini berlangsung dengan hebat.
"Saya dan para pemain perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik menjelang perlawanan esok (hari ini).
"Siri jelajah pramusim ini memang berguna dan peminat kami di Asia Tenggara semuanya sangat baik," kata bekas pemain West Ham United dan Newcastle United itu.
Pemain yang mewakili Senegal sebanyak 17 kali itu terkenal dengan aksi sujud ketika meraikan jaringan baik bersama Newcastle dan Chelsea. Dia pernah mendapat gelaran pemain terbaik EPL Disember 2011.[1]


SHAH ALAM - Harimau Malaya tidak boleh menganggap kedatangan Chelsea ke Malaysia sekadar makan angin jika tidak mahu menjadi mangsa dimalukan kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, esok
       Pertahanan skuad Blues, Gary Cahill menegaskan mereka bakal beraksi lebih mantap apabila menentang Malaysia esok setelah hanya menang tipis 1-0 ke atas skuad Pilihan Thailand dalam perlawanan di Bangkok, Rabu lalu.Esok merupakan perlawanan kedua Jose Mourinho sejak kembali melatih The Blues selepas meninggalkan Real Madrid.Menurut Cahill, pertemuan dengan Malaysia mungkin tidak jauh bezanya dengan Pilihan Thailand tetapi mereka harus berusaha lebih keras lagi dan menunjukkan peningkatan dalam perlawanan kedua di bawah bimbingan Mourinho, esok.
       "Kami perlu lebih tajam lagi, begitu juga dengan tahap kecergasan kami, harus dipertingkatkan dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan Malaysia," katanya kepada media selepas latihan selama sejam lebih di Stadium Shah Alam semalam.Ditanya mengenai latihan dan suasana di Malaysia, Cahill berkata, semuanya berjalan lancar, baik sesi latihan, stadium dan hotel sedikit pun tidak mencatatkan persiapan mereka."Sesi latihan kendalian Mourinho memang amat keras, mungkin beberapa pemain sudah biasa dengannya. Ini adalah kelab yang bagus, jadi sesi latihan amat penting buat kami, perpindahannya ke Chelsea satu keputusan yang tepat," katanya.
       Cahill, 27, turut mengakui bahawa persaingan dalam pasukan Chelsea juga begitu berat selepas beberapa pemain seperti John Terry dan David Luiz terpaksa berebut tempat kesebelasan utama bagi posisi pertahanan tengah."Memang akan berlaku satu persaingan di sini bagi merebut posisi, saya harus bekerja keras dan memastikan saya memperoleh tempat. Ia juga amat penting buat semua pemain," kata Cahill yang turut mencari ruang untuk beraksi di Piala Dunia 2014 Brazil.Bekas pertahanan Bolton Wanderers dan Aston Villa itu beraksi pada separuh masa kedua ketika bertemu Pilihan Thailand Rabu lalu dan berjaya mengekang asakan lawan daripada membolosi gawang Blues.[2]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan