Sabtu, 18 Januari 2014

HARAPAN PEMAIN MALAYSIA MELAWAN CHELSEA 21 JULAI 2013

Akitek muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui kelebihan fizikal pemain-pemain negara lain terutama dari Eropah bukan faktor menentukan kejayaan mereka. Sebaliknya, Nazmi berkata, pemain yang memiliki tubuh badan yang tegap hanya sebagai satu nilai tambah dalam corak permainan mereka.


       Mengulas mengenai aksi menentang Chelsea, Nazmi berkata, walaupun Harimau Malaya tidak sehebat mereka, para pemain mesti berusaha keras bagi mencipta kejutan yang pasti mengundang rasa bangga dalam diri masing-masing. Nazmi juga berkata dia juga tidak kisah untuk digandingkan dengan sesiapa sahaja di bahagian tengah dan dalam aksi bertemu Chonburi FC minggu lalu Nazmi telah digandingkan dengan pemain Sarawak Junior Edstal. Saya akan memberikan akhis terbaik jika diturunkan nanti, kata pemain tengah PKNS Selangor itu.[1]    


Nazmi Faiz Mansor
Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias menuntut rakan-rakan sepasukan supaya memberikan aksi terbaik pada pertemuan menentang Chelsea di Stadium Shah Alam malam ini. Farizal menagih bantuan barisan pemain Harimau Malaya dalam menjayakan misi peribadinya untuk mengawal gawang negara dari dibolos untuk tempoh 90 minit pada aksi Jelajah asia 2013 itu. Pemain Perak itu antara individu yang memiliki pengalaman menentang Chelsea ketika skuad negara yang dibimbing Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 kepada skuad The Blues hasil sepakan percuma kontroversi Didier Drogba di laman sendiri.[2]


PETALING JAYA - Sebaik sahaja selesai membantu Harimau Muda A pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia, Mohd. Fadhli Shas langsung tidak berehat sebaliknya terus menyertai latihan skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.Dia masih merasai kepenatan kerana beraksi lima perlawanan dalam tempoh 12 hari dari 6 hingga 17 Julai di Kazan, ditambah pula dengan ibadah puasa.Namun segala kepayahan itu diketepikan oleh Fadhli demi mewakili skuad Harimau Malaya.

       Itulah pengorbanan pemain berusia 22 tahun itu yang enggan merungut malah gembira kerana khidmatnya terus ditagih oleh pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk aksi persahabatan termasuk menentang Chelsea, esok. Dianggap sebagai tonggak paling berpengalaman dalam pasukan kebangsaan walaupun masih muda, Fadhli sememangnya sering menjadi pilihan utama Rajagobal di bahagian pertahanan pada kebanyakan perlawanan penting dilalui skuad kebangsaan.Walaupun begitu, tugas Fadhli untuk mencabar tempat dalam kesebelasan utama bukan sesuatu yang mudah kerana kehadiran pemain Kelantan, Azizi Matt Rose pasti menyukarkan pemain berusia 22 tahun itu untuk bergandingan dengan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak di bahagian pertahanan tengah.[3]







[1] Nor Aziran Yunus, Nazmi Berharap Diberi Peluang Beaksi, Kosmo Ahad, 21 Julai, hlm.71.
[2] Farizal Tak Rela Gawang Dibolos, Kosmo Ahad, 21 Julai, hlm.71.
[3] Utusan Malaysia Sabtu 20 Julai, 2013, hlm.35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan