Sabtu, 18 Januari 2014

Harimau Malaya tewas 1-4 Ditangan Chelsea DAH AGAK!


Penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias (kanan) gagal menepis percubaan penyerang Chelsea, Romelu Lukaku untuk gol ketiga The Blues pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Gol Fadhli 'kejut' anak buah Mourinho
Shah Alam: Janji jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk anak buahnya menampilkan persembahan menghiburkan hanya tinggal janji apabila Harimau Malaya mudah diratah Chelsea 4-1 pada aksi persahabatan jelajah pra-musim di Stadium Shah Alam, malam tadi.

       Sebaliknya kira-kira 40,000 penyokong yang hadir lebih terhibur dengan gerakan menarik serta kemahiran dipamerkan pemain Chelsea sekali gus menimbulkan persoalan adakah Rajagobal sudah ketandusan idea mencatur strategi dan hilang sentuhan emasnya? 
Rajagobal menurunkan kesebelasan hampir serupa ketika seri 0-0 dengan Chonburi FC, Selasa lalu kecuali menyenaraikan Norshahrul Idlan Talaha dan Mahalli Jasuli menggantikan tempat Ahmad Fakri Saarani dan Nor Farhan Muhammad. 


Pengendali Chelsea, Jose Mourinho pula mempertaruhkan kesebelasan campuran pada setiap babak dengan menampilkan beberapa pemain bintang seperti Branislav Ivanovic, Michael Essien, Eden Hazard, Romelu Lukaku dan kapten, John Terry pada separuh masa pertama.Gol pertama Chelsea terhasil seawal minit kelima menerusi pemain muda dari Burkina Faso berusia 18 tahun, Bertrand Traore yang mudah menyudahkan hantaran leret Kevin De Bruyne dari sebelah kanan.
Gol Fadhli penawar
       Namun Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-22 tetapi rembatan tepat K Gurusamy hasil sepakan penjuru Mahalli terbias kaki pertahanan Chelsea lalu keluar. Chelsea kemudian menambah gol kedua pada minit ke-28 menerusi sepakan voley De Bruyne hasil umpanan Lukaku tetapi akibat berlaga dengan pertahanan Malaysia, pemain Belgium berusia 22 tahun itu cedera dan terus dikeluarkan tanpa sempat meraikan jaringannya.

Melihat kerapuhan pertahanan, Rajagobal memasukkan Fadhli Shas menggantikan Azizi Mat Rose pada minit ke-45 tetapi pada masa kecederaan babak pertama, Lukaku yang melepasi perangkap ofsaid tenang menyudahkan gol ketiga Chelsea menewaskan Farizal Marlias.Bersambung babak kedua, Mourinho melakukan sembilan pertukaran dengan memasukkan pemain bintang antaranya Petr Cech, Ashley Cole, Ramires, Victor Moses, Andre Schurrle, Demba Ba dan Gary Cahill.
        Sebaliknya, Rajagobal kekal dengan pemain sama sebelum melakukan tiga pertukaran serentak pada minit ke-55 dengan memasukkan Safiq Rahim, Amiridzwan Taj Tajudin dan Nor Farhan disusuli kemasukan Safee Sali dan Nazmi Faiz Mansor, 12 minit kemudian.
Chelsea menambah gol keempat hasil rembatan Moses pada minit ke-88 yang gagal ditepis kemas oleh Farizal tetapi Harimau Malaya akhirnya berjaya juga mendapat gol saguhati pada masa kecederaan menerusi tandukan Fadhli Shas hasil sepakan percuma Safiq.
Malaysia nyaris mendapat gol kedua pada penghujung permainan tetapi rembatan penyerang gantian, Nizaq Ayub diselamatkan Cole di atas garisan gol ketika Cech sudah pun tertewas.
[1]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan