25 OGOS 2016
Ong Kim Swee
KETUA jurulatih Harimau
Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 24 pemain untuk menjalani kem
latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos, bagi persiapan menghadapi
perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' bertemu Indonesia di Stadium Manahan,
Indonesia pada 6 September.
Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM) dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua pemain perlu melapor diri di
Wisma FAM, Kelana Jaya pada 29 Ogos, kecuali tiga pemain - Adam Nor Azlin,
Matthew Davies dan Safawi Rasid.
Ketiga-tiga pemain itu akan
melapor diri pada 31 Ogos selepas mereka selesai
beraksi bersama skuad Bawah 22
negara untuk perlawanan persahabatan antarabangsa
bertemu pasukan Bahrain B-22 di
Stadium Shah Alam, Selasa ini.
"Banyak perubahan terpaksa
dilakukan kerana masalah kecederaan dan ada yang bersara. Rata-rata pemain kali
ini terdiri daripada pemain muda yang ada pengalaman antarabangsa di peringkat
remaja.
"Mereka dipanggil semula
untuk skuad senior bagi memberi peluang kepada mereka membuktikan sesuatu.
Sudah tentu tempoh masa singkat untuk kem latihan pusat kali ini, dengan jadual
yang padat," kata Kim Swee.
Kim Wee berharap 24 pemain yang
dipanggil itu dapat bermain secara berpasukan dengan lebih baik biarpun dalam
tempoh singkat.
Menurut kenyataan itu, hanya 11
pemain dikekalkan daripada skuad ke siri Jelajah Oceania 2016 pada Jun lalu,
iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Fadhli Shas, Khair Jefri Jones, Azrif
Nasrulhaq Badrul Hisham, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Latiff
Suhaimi, Brendan Gan, Amri Yahyah, Zaquan Adha Abd Radzak dan Ahmad Hazwan
Bakri.
Sementara 13 pemain lain tidak
tersenarai, termasuk enam pemain mengalami kecederaan/dalam pemulihan iaitu
penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli,
Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan.
Empat pemain digugurkan ialah
penjaga gol Farhan Abu Bakar, S. Chanthuru, Amirulhisyam Awang Kechik dan S
Kumaahran serta empat pemain yang bersara daripada pentas antarabangsa iaitu
Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim.
Sebagai ganti, Kim Swee
memanggil 13 muka baharu terdiri daripada penjaga gol Khairulazhan Khalid, S
Veenod dan Adam Nor Azlin (Selangor), penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam
Jothy, Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Wan Zack Haikal Wan
Nor (Kelantan), Amer Saidin dan Irfan Fazail (JDT II), Fakrul Aiman Sidid
(PDRM), Ronny Harun (Sarawak), Matthew Davies (Pahang) dan Safawi Rasid
(T-Team).
Senarai 24 Pelatih:
------------------
Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT),
Mohd Amri Yahyah (JDT), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Mohd
Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), S. Veenod
(Selangor), Adam Nor Azlin (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan),
Brandon Gan (Kelantan), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer
Saidin (JDT II), Mohamad Zaqwan Adha Abd Radzak (JDT II).
Shahrul Mohd Saad (Perak),
Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy
(Perak), Abdul Latiff Suhaimi (PDRM), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Ahmad Fakri
Saarani (Felda United), Ronny Harun (Sarawak), Khair Muhammad Jefri Jones
(Melaka United), Matthew Thomas Davies (Pahang), Muhammad Safawi Rasid
(T-Team).- Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25
OGOS 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan