Sabtu, 3 September 2016

FAM sedia disiasat pihak berkuasa

NOR AZAN FITRIAHMAD HIDZIR  |  02 September 2016 12:14 AM

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menegaskan bahawa mereka mengalu-alukan pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya teradapat unsur rasuah atau salah urus melibatkan pegawai atau kakitangan di dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pemacu pena atau pendrive yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah urus oleh FAM kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, setelah meneliti sebahagian daripada kandungan pendrive itu semalam, Khairy memberitahu, pihaknya masih belum menemukan sebarang maklumat untuk mengaitkan FAM dengan perbuatan rasuah atau salah urus.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya terbuka jika pihak berkenaan ingin menyiasat FAM atau pegawainya.
Namun, katanya, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pendrive itu dan menyerahkan kepada Khairy untuk menelitinya sebelum membuat sebarang ulasan lanjut mengenainya.
“Saya rasa perkara ini mudah, sekiranya terdapat bukti mana-mana pegawai yang terlibat dengan perkara tidak elok, pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau polis boleh mengambil tindakan, sudah pasti.
“Khairy telah menerangkan apa yang sepatutnya. Kita tunggu dan lihat. Saya tak boleh komen lebih. Saya telah mengeluarkan kenyataan tentang pendirian FAM sebelum ini,” katanya selepas sidang akhbar perlawanan amal Hari Malaysia antara pilihan Harimau Malaysia dan Dugong All-Star di Wisma FAM, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Hamidin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang membocorkan maklumat dalaman FAM dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Setakat ini kita tak tahu siapa yang sampaikan maklumat itu dan kita akan biarkan perkara itu disahkan (oleh KBS).
“Saya sedang melihat perkara itu, saya perlu dapatkan gambaran sebenar (apa) di dalam pendrive itu dan jika ada pegawai yang membocorkan rahsia sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Perkara itu juga sudah dibincangkan dengan barisan Exco, jadi kita tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-sedia-disiasat-pihak-berkuasa-1.377361#sthash.AyP81AjL.dpuf

Olimpik 2000 benam Sarawak


ARKIB : 02/05/1998
Olimpik 2000 benam Sarawak
 
TIGA LAWAN SATU ...Pemain Sarawak Bobby Pian (kiri sekali), Mohd. Dahlan Mat Ussin (no 12) dan Ibrahim Mantali (kanan sekali) mengepung pemain Olimpik 2000 pada perlawanan Liga Perdana Satu di Stadium Merdeka, malam tadi. - Gambar ZAKI JILAN.

OLIMPIK 2000 menempa kemenangan pertama apabila membenam kehebatan juara Liga Perdana musim lalu dan juara Piala Sumbangsih Sarawak 1-0 dalam perlawanan Perdana Satu di Stadium Merdeka malam tadi, lapor AMRAN MULUP.

Gol kemenangan Olimpik diperoleh menerusi sepakan penalti pemain pertahanan M. Gopalan pada minit ke-12 mencalarkan kekalahan kedua Bujang Senang.

Ini merupakan kemenangan sulung Olimpik daripada enam perlawanan selepas tewas tiga perlawanan kepada Perak (1-0), Negeri Sembilan (2-1) dan Sabah (2-0) selain dua keputusan seri ke atas Brunei dan Kedah dengan keputusan seri 0-0.

Keputusan Sarawak tidak menurunkan dua tenaga utama, Alistair Edwards dan Billy Bone menganggap mudah tugas sebagaimana dilalui oleh Sabah, nyata meleset.

Sebaliknya Olimpik 2000 jelas menguasai sebahagian dari pentas saingan dengan gerakan-gerakan menarik untuk menenggelamkan kehebatan Sarawak.

Olimpik yang masih terasa dengan kekalahan 0-2 kepada Sabah Sabtu lalu tangkas menyerang sebaik wisel bermula.

Seawal minit pertama Chow Chee Weng meledakkan rembatan kencang tetapi tepat menuju ke arah penjaga gol Sarawak, Mazlan Wahid yang mudah menangkap kemas.

Sebaliknya Sarawak beraksi tanpa Alistair dan Bone jelas gagal merencanakan gerakan-gerakan cantik yang jelas dikuasai oleh Olimpik.

Hanya selepas 12 minit babak pertama berlangsung kebuntuan jaringan gol menjadi milik Olimpik menerusi sepakan penalti pemain pertahanan M. Gopalan.

Pengadil Nik Ahmad Nik Yaacob tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas Ahmad Fairuz Yunus menjatuhkan V. Saravanan di kotak penalti.

Selepas itu Sarawak tambah pincang apabila hilang khidmat penyerangnya Shamsurin Abdul Rahman yang terpaksa diusung keluar selepas berlaga dengan Johnny Joseph.

Setiap serangan yang diatur oleh Sarawak mudah saja dipatahkan oleh benteng pertahanan Olimpik yang diketuai oleh S. Jayaprakash.

Tiga minit babak kedua bermula Rosli Derus nyaris-nyaris menambah gol kedua selepas menggelecek dua pertahan pelawat sepakannya tidak menuju kesasaran.

Pada minit ke-67, Bobby Chua cuba meringankan beban Sarawak namun rembatannya dari luar kotak penalti melewati beberapa inci palang gol.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4JCupyptu © Utusan Melayu (M) Bhd

Jaringan pertama skuad Olimpik


 


REBUT... Penyerang Negeri Sembilan, Gus Cerro cuba dihalang oleh ketua pasukan Olimpik 2000, M. Elangoo pada perlawanan Liga Perdana Satu di Stadium Merdeka, malam tadi. Negeri Sembilan menang 2-1. - Gambar HANAFI KHAMIS.

PENANTIAN memburu gol akhirnya menjadi kenyataan buat Olimpik selepas 335 minit namun ia tidak mampu menjanjikan kejayaan apabila Negeri Sembilan mencatat kemenangan 2-1 dalam perlawanan Perdana Satu di Stadium Merdeka malam tadi, lapor AMRAN MULUP.

Jurulatih Hatem Souissi tampak lega dengan jaringan penyamaan menerusi V. Saravanan selepas tiga perlawanan.

Namun pemain veteran Dollah Salleh yang dimasukkan pada babak kedua tidak mensia-siakan peluang menyempurnakan gol kemenangan Negeri Sembilan pada minit ke-75.

Buat Olimpik ini adalah kekalahan kedua di gelanggang sendiri yang sebelum ini tewas 1-0 kepada Perak manakala dua perlawanan lagi mencatat keputusan seri tanpa jaringan bertemu Brunei dan Kedah.

Manakala Negeri Sembilan mampu pulang lega mengutip kemenangan kedua berturut-turut selepas membelasah Perlis 4-0 di Paroi, Selasa lalu.

Negeri Sembilan yang masih segar dengan kemenangan besar ke atas Perlis Selasa lalu mengasak awal, peluang mereka tiba pada minit ke-11 namun rembatan kencang Zami Mohd. Noor dari luar kotak penalti sekadar melewati palang.

Namun Olimpik bangkit mencemaskan benteng pertahanan pelawat tolakan cantik ketua pasukan Chia Ching Kar tetapi rembatan Mohd. Khalid Jamlus meliar keluar pada minit ke-17.

Dua minit selepas itu Khalid sekali lagi hampa melihat rembatan lemahnya sekadar ke dakapan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd. Yazid Mohd. Yassin hasil lorongan cantik Azmir.

Negeri Sembilan akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-33 apabila sepakan sudut Gus Cerro tepat ke arah Affendi yang tidak menghadapi masalah menanduk masuk menggegar jaring.

Buruan Olimpik untuk mencari gol penyamaan hampir berhasil pada minit ke-53 hanya kecekapan Mohd. Yazid menjadi penghalang. Akhir penantian Olimpik untuk mencipta jaringan berhasil melalui jaringan V. Saravanan pada minit ke-65.

Kedudukan terikat 1-1 hanya mampu bertahan sepuluh minit apabila pemain veteran Dollah Salleh meledakkan jaringan kedua menyempurnakan hantaran Zami dalam gol yang sudah terngaga.




Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4JB8swgCZ © Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 2 September 2016

Amri kapten Harimau Malaysia

02 September 2016 12:13 AM
 Amri Yahyah
Amri Yahyah
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Penyerang berpengalaman Amri Yahyah telah dilantik sebagai ketua pasukan Harimau Malaysia menggantikan Safiq Rahim yang bersara daripada saingan peringkat antarabangsa sebelum ini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan perkara itu selepas mengadakan perbincangan bersama pegurus pasukan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Amri, 35, pernah memainkan peranan selaku ketua pasukan menggantikan Safiq ketika rakannya dalam kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengalami kecederaan.
“Kami bersetuju memilih Amri sebagai kapten kerana dia merupakan pemain senior yang paling konsisten bersama skuad kebangsaan.
“Dia memiliki ciri-ciri pemimpin yang sangat diperlukan kerana anggota skuad kali ini kebanyakannya adalah pemain muda,” katanya.
Kim Swee turut memberitahu, pemain tengah dari Kedah, Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat akan menjadi penolong ketua pasukan.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/amri-kapten-harimau-malaysia-1.377343#sthash.MoAyyilm.dpuf

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA B-22 1-1 BAHRAIN B-22

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                1-2 Bahrain

m-54 S’Kumahraan m-53,m-90 Hazza Ali

TERKINI MALAYSIA B-22 1-1 BAHRAIN B-22

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia  1-1 Bahrain

Khamis, 1 September 2016

Amri kapten Harimau Malaysia

 
AMRI (kiri) ketika sesi latihan di padang Wisma FAM Kelana Jaya, kelmarin. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi-aziman@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Penyerang berpengalaman, Mohd Amri Yahyah dilantik sebagai kapten Harimau Malaysia bagi menggantikan Safiq Rahim yang mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa pada Julai lalu.

Pelantikan itu diumumkan oleh pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, hari ini selepas mengadakan perbincangan bersama pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Kami bersetuju untuk melantik Amri sebagai kapten kerana dia pemain senior yang konsisten bersama skuad kebangsaan.

"Dia seorang pemain yang memiliki ciri kepimpinan dan boleh membimbing ramai pemain muda dalam skuad kali ini," katanya.

Amri, 35, dari kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebelum ini pernah menjadi kapten ketika ketiadaan Safiq yang mengalami kecederaan.

Kim Swee turut mengesahkan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat akan menjadi penolong kapten pasukan.

Skuad kebangsaan kini menjalani latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Indonesia di Stadium Manahan, Solo pada 6 September ini.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 3:31 PM