02 Mei 2019 6:21 AM
KUALA LUMPUR 1 Mei - Tidak pernah
beraksi dalam liga profesional negara sepanjang kariernya, penyerang remaja
berusia 17 tahun, Luqman Hakim Shamsudin bagaimanapun berpeluang memahat
sejarah muncul anak Malaysia pertama bermain dalam liga divisyen satu Jepun
(Liga J).
Pemain Sekolah Sukan Negeri
Pahang (SSNP) itu yang merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menerima
tawaran menjalani latihan bersama kelab Cerezo Osaka yang kini menghuni tangga
ke-13 liga.
Menurut sumber, Cerezo berminat
melihat sendiri keupayaan Luqman selepas pemain itu mendapat pengiktirafan
disenarai dalam Kesebelasan Terbaik Piala Sanix di Fukuoka, Jepun pada Mac
lalu.
Selain Cerezo, difahamkan ada
empat lagi kelab profesional dari negara matahari terbit itu yang turut
mengikuti perkembangan penyerang kelahiran Kelantan tersebut.
Sekiranya Luqman berjaya menambat
hati barisan jurulatih Cerezo sepanjang latihan tersebut, dia berpeluang
diserap masuk dalam skuad utama.
Luqman ketika dihubungi berkata,
dia belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak, namun bersedia untuk
menggembangkan sayap jika dipanggil.
“Saya belum mendapat makluman
rasmi dari mana-mana pihak tetapi jika perkara ini betul, saya bersyukur dan
berterima kasih kepada semua pihak yang membantu.
“Buat masa ini, saya fokus dengan
latihan di Akademi Mokhtar Dahari,” ujarnya.
Tegas Luqman, seandainya berita
tersebut betul, dia akan memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin.
“Jika dipilih berlatih bersama
Cerezo Osaka, saya akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan peluang,” ujarnya.
Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19,
kini menyarung Fagiano Okayama di Jepun, namun pasukannya bersaing dalam liga
divisyen dua.
Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim
juga pernah beraksi bersama kelab Jepun, FC Ryukyu pada 2013, namun dalam liga
semi profesional.
SUMBER-UM ONLINE 02 Mei 2019 6:21
AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan