Khamis, 16 Mei
2019 | 3:12pm
PENYERANG JDT,
Akyhar Rashid antara pemain yang dipanggil sertai skuad
Harimau Malaya
pinjam 6 anak buah Kim Swee
Oleh Mohd
Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Enam pemain bawah 23 (B-23) negara kembali berada dalam senarai skuad Harimau
Malaya bagi menghadapi playoff Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste
di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 dan 11 Jun ini.
Mereka adalah
empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) – Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer
Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul
Halim (Pahang) yang sebelum ini bersama skuad Datuk Ong Kim Swee menghadapi
Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.
Pada senarai
pemain yang akan menyertai laporan pusat kali ini, Ketua Jurulatih negara, Tan
Cheng Hoe mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kempen Piala
Airmarine, Mac lalu.
"Turut
kembali tersenarai selepas nama mereka tiada dalam skuad Piala Airmarine 2019
adalah empat anggota skuad Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Farizal
Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) serta Shahrel Fikri Md Fauzi
(Perak).
"Bagi
melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini, dua pemain baharu
telah mendapat panggilan iaitu pemain berdarah campuran, La'Vere Corbin-Ong
(JDT) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC)," kata Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan.
Mereka yang
digugurkan adalah ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak (Kedah) serta tiga lagi
yang bersama skuad negara ketika muncul naib juara Piala Suzuki AFF tahun lalu
iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che
Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (JDT).
Selebihnya,
pemain yang digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi
(Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan
(PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).
Latihan akan
berlangsung enam hari bermula 27 Mei ini. Tugasan pertama Harimau Malaya adalah
menentang Nepal pada 2 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Seterusnya,
tiga pemain akan digugurkan Cheng Hoe bagi memuktamadkan senarai akhir 23
pemain untuk dua perlawanan bertemu Timor Leste," katanya.
Senarai pemain
Farizal
Marlias, Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Syazwan Andik Mohd Ishak, La'Vere
Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad (JDT),
Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih, Norshahrul Idlan Talaha, Faisal
Abdul Halim (Pahang), Mohd Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari,
Syahmi Safari (Selangor), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad,
Kenny Pallraj, Sharel Fikri Fauzi (Perak), Akram Mahinan, Rodney Celvin
Akwensivie (PKNS FC), Mohd Ifwat Chek Kassim (Kedah), Irfan Zakaria (Kuala
Lumpur)
SUMBER- BERITA
HARIAN ONLINE Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan