Isnin, 20 Mei 2019

Kami mahu menang lagi!


MyMetroNode
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaysia tetap turun dengan misi memburu kemenangan ke atas Timor Leste pada perlawanan kedua Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 hari ini meskipun skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sudah memiliki kelebihan tiga gol selepas aksi pertama Khamis lalu.

Sudah pasti sentuhan penyudah penyerang Hazwan Bakri sekali lagi ditagih skuad negara selepas pemain berusia 24 tahun itu cemerlang dengan ledakan dua gol dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ke atas Timor Leste.

Bagi Hazwan, biarpun menyimpan hasrat untuk mengulangi persembahan itu apabila turun sekali lagi di Larkin bagi perlawanan kedua malam ini namun keutamaannya adalah untuk membantu pasukan mara ke pusingan kelayakan peringkat kumpulan.

“Memang keyakinan semakin bertambah selepas dapat menjaringkan gol dalam perlawanan tempoh hari dan saya harap dapat melakukannya lagi. Tapi apa yang penting adalah kemenangan pasukan tidak kira siapa yang menjaringkan gol.

“Kami kena fokus walaupun sudah mendahului 3-0 tapi apa saja boleh berlaku. Kami tidak boleh ambil mudah dan akan turun bermain dengan sasaran mencapai kemenangan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 7:56 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan