KEGIGIHAN punca skuad Harimau
Malaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Yemen pada aksi terakhir peringkat
Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia di Stadium Tahnoun Mohamed Dubai,
Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) malam kelmarin.
Demikian jelas Menteri Belia
dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.
Menurutnya, kemenangan tersebut
bukan diperoleh kerana taktikal yang bagus sebaliknya atas usaha dan kegigihan
para pemain.
"Corak permainan yang
mereka pamerkan masih terikat dengan taktik lama. Saya berpendapat pasukan
negara perlu mengubah corak permainan mereka.
"Penambahbaikan perlu
dilakukan kepada skuad ini kerana Harimau Malaya tidak mempunyai corak
permainan yang baru dan mungkin ini sahaja bahan mentah yang terbaik yang kita
ada.
"Apabila kita melihat cara
taktikal pasukan lawan, mereka telah menggunakan corak permainan yang lebh
menarik, tetapi bagi skuad Harimau Malaya, mereka masih mempraktikkan hantaran
jauh dan selepas itu mengejar," katanya kepada pemberita selepas majlis
perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam.
Tambahnya, jurulatih, Datuk Ong
Kim Swee telah melakukan terbaik di Yemen malam semalam (kelmarin) tetapi
kemenangan itu tidak membawa sebarang makna kerana gagal layak ke pusingan
akhir Piala Asia di Australia tahun depan.
SUMBER-KOSMO ONLINE 7.3.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan