Jumaat, 25 April 2014

Aidil, Mahali, Safee antara pilihan Kim Swee

24 April 2014
PENGENDALI sementara skuad bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain untuk aksi persahabatan menentang Filipina pada 27 April ini di Cebu, Filipina.
  
Dalam aksi persabahatan sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac lepas.
  
Skuad kendalian Kim Swee dijangka bertolak ke Filipina esok.
  
Berikut adalah senarai pemain yang terpilih.
Mahali Jasuli, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra, Mohd Safee Sali (semuanya Johor Darul Takzim), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakhri Saarani, Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid, Mohd Razman Roslan, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Hafiz Kamal (Pahang), Bobby Gonzalez (PDRM), Ronny Harun, Putera Nadher Amarhan Maderner (Sarawak), Mohd Farizal Marlias, Bunyamin Umar, S. Kunanlan (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Norfarhan Mohamad (Terengganu). - Bernama

Isnin, 17 Mac 2014

IMBASAN PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA 2013

Dua kekalahan berturut-turut dialami oleh skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K.Rajagopal dalam siri latihan dan aksi perlawanan persahabatan di Tokyo, Jepun mengundang rasa kecewa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Selepas tewas 2-0 kepada pasukan tangga ke-11 Liga Divisyen 1 Jepun, Shimizu S-Pulse, Khamis lalu, skuad Rajagopal menerima aib lebih besar apabila dibelasah 5-0 oleh pasukan kedua tercorot Liga Divisyen 1 Jepun, Shonan Bellmare, samalam.[1]   
      Prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya  kendalian Rajagopal tampak ketara apabila sepanjang 12 perlawanan tahun ini, mereka hanya menang dua kali, seri sekali dan tewas sembilan kali, sekaligus menerbitkan rasa bimbang apakah keputusan bakal diperolehi apabila mereka berdepan kelab gergasi Sepanyol di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Ogos ini.[2]
Sebelum bertolak ke Jepun Ketua Pasukan Malaysia Safiq ke mejanjikan aura kemenangan kepada pasukan kebangsaan. Safiq Rahim yang baru pulih daripada kecederaan mengatakan pasukan Harimau
 Malaya telah menunjukkan peningkatan positif semasa perlawanan menentang Chelsea lepas. Saya fikir rakyat Malaysia turut kecewa dengan keputusan ini. Sepatutnya FAM dah nampak kekurangan K.Rajagopal, oleh itu carilah jurulatih baru yang lebih baik dan berwibawa seperti yang dibuat oleh pasukan Johor JDT. Lagipun perlawanan dalam bulan puasa boleh menjejaskan prestasi pemain Harimau Malaya yang rata-rata berbangsa Melayu dan beragama Islam.



[1] Wan Fakrur Bakar dan Mohd. Fitrie Muhammad, Hamidin Pening, Berita Harian, 28 Julai 2013, hlm.55.
[2] Ibid.

Jumaat, 7 Mac 2014

Kembali galas amanah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
 
KIM SWEE menerajui Harimau Muda A bagi menghadapi Liga NPL.

SELEPAS membimbing Harimau Malaya berdepan Yemen dalam aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu, Datuk Ong Kim Swee kini kembali fokus menerajui skuad Harimau Muda A bagi mengharungi saingan Liga NPL Queensland, Australia.

Justeru, Kim Swee berharap anak-anak buahnya dapat melakar keputusan positif menjelang aksi pembuka tirai Liga NPL Queensland berdepan Moreton Bay Jets di Padang Wolter Park 1, Brisbane malam ini.

Biarpun tidak menetapkan sebarang sasaran sepanjang saingan Liga NPL, beliau mahu anak-anak buahnya kekal fokus meraih pengalaman berguna menjelang Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, September depan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saingan Liga NPL merupakan pendedahan terbaik skuad Harimau Muda A sebagai persiapan awal ke temasya Sukan Asia.

"Jadi, saya harap kami dapat melakar keputusan yang positif dalam setiap perlawanan selain mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda A telah berlepas ke Brisbane, Australia Selasa lalu sementara Kim Swee baru tiba semalam dari Dubai selepas aksi berdepan Yemen.

Kim Swee juga mengakui, beliau bakal berdepan cabaran baharu bagi mengendalikan skuad Harimau Muda A kali ini.

"Harus diingat, skuad Harimau Muda A sekarang tidak lagi sama seperti sebelum ini kerana kini rata-ratanya dibarisi pemain muda di bawah usia 21 tahun.

"Mereka perlu diberikan peluang membuktikan kemampuan masing-masing serta meraih pengalaman sebaik mungkin supaya bersedia beraksi di pentas yang lebih tinggi selepas ini," jelas beliau.

Kim Swee berkata, beliau juga tidak 'menutup pintu' buat mana-mana pemain yang tidak dibawa ke Australia kali ini ketika Harimau Muda A berentap pada Sukan Asia kelak.

"Saya masih memiliki masa untuk mengenal pasti skuad terbaik bagi menghadapi Sukan Asia.

"Jadi, mana-mana pemain muda negara masih berpeluang beraksi pada Sukan Asia biarpun mereka tidak menyertai kami di Australia.

"Yang paling utama, kesemua pemain perlu membuktikan yang terbaik jika berhasrat untuk beraksi di pentas Piala Asia," katanya.

SUMBER-KOSMO ONLINE 8.3.14

Khamis, 6 Mac 2014

Khairy: Harimau Malaya menang kerana kegigihan

KEGIGIHAN punca skuad Harimau Malaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Yemen pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia di Stadium Tahnoun Mohamed Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) malam kelmarin.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

Menurutnya, kemenangan tersebut bukan diperoleh kerana taktikal yang bagus sebaliknya atas usaha dan kegigihan para pemain.

"Corak permainan yang mereka pamerkan masih terikat dengan taktik lama. Saya berpendapat pasukan negara perlu mengubah corak permainan mereka.

"Penambahbaikan perlu dilakukan kepada skuad ini kerana Harimau Malaya tidak mempunyai corak permainan yang baru dan mungkin ini sahaja bahan mentah yang terbaik yang kita ada.

"Apabila kita melihat cara taktikal pasukan lawan, mereka telah menggunakan corak permainan yang lebh menarik, tetapi bagi skuad Harimau Malaya, mereka masih mempraktikkan hantaran jauh dan selepas itu mengejar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya, jurulatih, Datuk Ong Kim Swee telah melakukan terbaik di Yemen malam semalam (kelmarin) tetapi kemenangan itu tidak membawa sebarang makna kerana gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia di Australia tahun depan.

SUMBER-KOSMO ONLINE 7.3.14

KAPS PEMAIN MALAYSIA SELEPAS PERLAWANAN MENENTANG YAMAN

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Caps dan gol sehingga : 5 Mac 2014
#
Pos
Nama pemain
umur
kap
Gol
Negeri/kelab
1
27
24
0
22
25
23
0
2
25
34
2
3
23
31
1
4
25
33
0
5
26
25
1
6
27
13
0
7
26
59
3
20
22
13
0
8
26
47
8
11
26
05
0
14
31
02
0
15
26
02
0
16
27
46
0
21
19
02
0
23
26
25
3
10
30
57
21
13
24
24
02
17
33
28
07*
18
30
03
0

*Amri Yahya menjaringkan 3 gol dalam Piala 2004/05 ,3 gol dalam AFF Suzzuki Cup dan 1 gol dalam Kejohanan AFC 2014


Piala Asia: Misi hidup mati Harimau Malaya

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Masih memburu sisa-sisa peluang untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015, Harimau Malaya tetap akan berjuang bermati-matian memburu tiga mata berharga ke atas Yemen pada aksi penutup Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Tahnon bin Mohamed di Abu Dhabi malam ini.

Itu janji keramat yang dilafazkan oleh pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee, yang dalam masa sama mengharapkan elemen tuah akan memihak Malaysia sambil tidak memandang lekeh cabaran Yemen, yang kini berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Pemain yang paling dibimbangkan oleh Kim Swee adalah penjaring gol tunggal Yemen ketika beraksi di Stadium Shah Alam pada 22 Mac tahun lalu iaitu Ayman Al-Hagri, pemain yang disifatkan mampu meranapkan impian Harimau Malaya untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia di Australia.

"Secara teknikal, Yemen sebenarnya sebuah pasukan yang bagus dan saya paling bimbangkan pemain berjersi nombor 10 (Al-Hagri), pergerakannya perlu diperhatikan.

"Dia seorang pemain yang begitu lincah, tambahan Yemen mempunyai kualiti dalam membuat hantaran jauh, saya fikir itu akan memberikan kelebihan kepada pemain ini.

"Kami pun hanya menang 2-1 di Kuala Lumpur dan kami tidak boleh mengambil mudah cabaran Yemen kerana selepas kalah dalam lima perlawanan berturut-turut, sudah tentu mereka mahukan kemenangan," katanya ketika dihubungi semalam.

Menyentuh mengenai peluang negara layak ke pusingan akhir, Kim Swee tidak meletakkan harapan menggunung tinggi kerana sedar peluang Harimau Malaya banyak bergantung kepada pasukan lain namun dia sama sekali tidak berputus harap.

"Peluang kita memang nampak sempit kerana semuanya bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan Iraq, Syria, Lebanon dan Hong Kong.

"Yang mustahak kita bermain seperti biasa untuk dapatkan kemenangan dan saya tidak mahu fikirkan mengenai keputusan perlawanan lain, harap tuah dan nasib akan menyebelahi kami," katanya.

Berdasarkan peraturan kelayakan, juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia dengan satu lagi slot akan diisi oleh pasukan di tempat ketiga terbaik daripada lima kumpulan.

Di atas kertas, Iraq berada dalam kedudukan terbaik daripada lima pasukan untuk layak dengan meraih enam mata selepas lima perlawanan dan mereka akan bertemu China pada aksi terakhir.

Jika Iraq tewas, Malaysia perlu mengharapkan ihsan pasukan jiran, Thailand untuk menyekat Lebanon (lima mata) yang berkedudukan pasukan kedua di tangga ketiga terbaik daripada mencapai kemenangan selain mengharapkan Syria (empat mata) seri atau tewas kepada Jordan.
Perlawanan itu akan berlangsung pukul 10 malam waktu Malaysia.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140305/su_04/Piala-Asia-Misi-hidup-mati-Harimau-Malaya#ixzz2vAhar6Vs © Utusan Melayu (M) Bhd

Harimau Malaya menang kerana pemain, jurulatih gigih - Khairy

KUALA LUMPUR 6 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kemenangan Harimau Malaya ke atas Yemen kerana kegigihan pemain dan kecemerlangan jurulatih.

"Skuad Harimau Malaya masih lagi dibelenggu dengan corak permainan lama manakala pasukan Yemen memang mempersembahkan corak permainan baharu.

"Namun jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee telah mengendalikan skuad negara dengan baik dan beliau telah melakukan kerja yang cemerlang.

"Saya (juga) nampak ada peningkatan dalam corak permainan pasukan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan di sini hari ini.

Beliau mengulas kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Yemen pada aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Tahnon Mohamed, Al-Ain City, Dubai malam tadi.

Namun Malaysia tidak layak untuk ke Australia.

Penyerang Amri Yahyah meledak gol pertama negara menerusi tandukan pada minit ke-16 manakala gol kedua dijaringkan Ahmad Fakri Shaarani pada minit ke-76.

Yemen memperoleh gol pada minit ke-60 menerusi Mohammed Al-Saori. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140306/su_12/Harimau-Malaya-menang-kerana-pemain-jurulatih-gigih---Khairy#ixzz2vAfvJ6JF © Utusan Melayu (M) Bhd