MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Skuad bawah 16
tahun (B-16) Tajikistan mendapat pengajaran berguna pada Kejuaraan B-16
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 selepas ‘ditaji’ Malaysia 6-2 pada aksi
pertama Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Namun, jurulatihnya, Rakhimov
Zaynidin mengakui dia terkejut apabila melihat anak buahnya dibelasah oleh tuan
rumah yang menyaksikan tiga gol diledak anak buah Lim Teong Kim pada babak
setiap babak.
Tajikistan hanya memperolehi gol
menerusi dua sepakan penalti yang disempurnakan Rahmatov Sharifbek (m72) dan
Zairov Islom (m90+1).
“Saya tidak menjangkakan kekalahan
dengan jurang begitu besar seperti ini. Barisan pertahanan kami berdepan
masalah besar apabila gagal beraksi seperti yang dimahukan.
“Kami juga tidak menjangkakan
pemain nombor 10 (Luqman Hakim Shamsudin) beraksi dengan baik sehingga dia
menjaringkan empat gol bertemu Tajikistan.
“Namun, ini memberi pengajaran
kepada kami dan kami akan bangkit dengan persembahan lebih kemas selepas ini,”
kata Rakhimov.
Selepas ini, skuad Singa Persia
akan bertemu Jepun pada Ahad sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu
Thailand, Rabu depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 20 September 2018 @ 9:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan