Simpan Artikel
MyMetroArena
BERNAMA
PERSATUAN Bolasepak Malaysia
(FAM) dijangka mengumumkan pelantikan ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun
(B-22) yang baharu dua bulan lagi.
Setiausaha Agung FAM, Stuart
Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu menerima 12 permohonan
termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan itu.
Beliau berkata, jawatankuasa
pengurusan pasukan kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin
Mohd Amin akan bersidang pada awal Mac ini bagi menilai semua calon sebelum
menamakan individu yang layak.
“Kami tidak terburu-buru untuk
pelantikan segera memandangkan tiada sebarang kejohanan untuk skuad itu tahun
ini. Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan beberapa perkara lain yang perlu dicapai
oleh calon itu akan diputuskan kemudian,” katanya ketika ditemui Bernama di
Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
FAM sebelum ini memutuskan untuk
tidak menyambung kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad B-22
negara susulan prestasi hambar yang ditampilkan pada Sukan SEA Filipina 2019,
bulan lalu.
Malaysia gagal melepasi peringkat
kumpulan selain diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada pasukan kerdil, Kemboja
pada aksi pusingan awal temasya sukan dwitahunan itu.
Dalam pada itu, Stuart
mengesahkan badan induk itu sedang memuktamadkan pelantikan Kim Swee sebagai
Ketua Unit Pembangunan Belia FAM, susulan pengalaman luas yang dimiliki
pengendali kelahiran Melaka itu dalam bola sepak belia di negara ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 8 January 2020 @ 11:23 PM
izin share ya admin :)
BalasPadamburuan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Line : agen365
WA : +855 87781483 :)
Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)