MyMetroNode
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kempen skuad bawah
16 tahun negara (B-16) di Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)
berakhir selepas tewas kali kedua dalam saingan kumpulan C yang berlangsung di
Stadium Pandit Jawaharlal Nehru, Goa, India malam tadi.
Anak didik P Somasundram tewas
0-3 kepada gergasi Asia, Korea Selatan selepas sebelum itu turut tumbang dengan
jaringan sama kepada Oman pada aksi pembukaan dan seri 1-1 ketika bertemu Iraq.
Dengan keputusan itu, menyaksikan
'anak Harimau Malaysia' sekadar menghuni tangga keempat kumpulan dengan
mengumpul satu mata sekali gus gagal mengulangi pencapaian dua musim lalu di
mana Malaysia melangkah hingga ke peringkat suku akhir saingan.
Gol pasukan Korea Selatan
disumbangkan Park Jeong In pada minit keempat buat mengejutkan kem negara
sebelum Cheon Seong Hoon (m-14) dan Ko Jun Hee (m-84) melengkapkan kemenangan
bergaya ke atas skuad negara.
Bagaimanapun, hajat Korea Selatan
untuk beraksi di pusingan berikutnya turut berkubur apabila menamatkan
kedudukan di tempat ketiga di belakang Iraq dan Oman yang seri 1-1 dalam satu
lagi aksi yang berjalan serentak malam tadi.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 23 September 2016 @ 1:46 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan